Friday, 4 October 2013

.: smiled to me :.

Assalam fellas !

auwah, ai tau blog ni dah berhabuk, dah semak ngan debu hama yang dah lama tak bercuci. *berhenti merapu*
but yeah, it has been such a long time right fellas?
ai has been stop posting since my last post, *tertonggeng* isn't it right?
so this time ai will continue the al-kesah about dato'. *fine, siapa dah mula rasa bosan sila blah sekarang*

terima kasih kepada yang masih sanggup membaca. 
sejak bermula lepas cuti raya hari tu, dato' and ai dah makin rapat, *before ni rapat jugak tapi kali lagi rapat*
dia selalu share stories tentang so-called awek dia tu, and ai kongsi sikit tips nak pikat hati perempuan, then we share our hobbies, thoughts, drama film etc. 

maybe ai have been mentioned before that this dato's type is kind of dull, awkward, very silent and up to everything he is kind of very shy to the other girl, but now, he's changed. 

personally ai tak suka perubahan mendadak yang berlaku kat dia, dalam otak ai asyik dok pikiaq, 

"dia ni culture-shock ke?"

tapi takkan la dah 3tahun setengah masuk kampus baru nak kena culture-shock kot.

there is a time when ai can feels that how concern he is to me but at that very moment ai keeps reminding to myself yang dia hanya nak practice for his so-called awek.

and now, ai mula treat him like a stranger, sometimes being quiet harsh to me but that is for my own good. ai should not treat him nicely, he should not do the same for me too. 
ai have once told him this,

"one day, if you do fall onto another girl, choose her because if you do love the present one with your full heart, you will never fall onto the other one."

and ai hope he keeps to his promises that he said,
"sure, but i know i will never betrayed her (his so-called awek)"
ai nodded at him and gives thumbs up. 

mybe this is how Him wants to showed me that dato' is not the one for me. ai have given my faith onto Him so lets Him decide what is best for me. 
as for now, maybe ai will just focus on everything that ai do, protect my own feelings as best as ai can, an stay happy. that's the least ai can do for myself.

and for him, ai will stay as his friend as long as how it will takes. time decide everything for us.

again,ai can feels how dull this entry could be to you, biyanne but that is as far as ai can utter most. 


xoxo*tunduk hormat*

Friday, 6 September 2013

.: tertonggeng :.

gambaq hiasan ja nih

Assalam fellas !

Aiwah, ai tau ai lama dah tak update *lamalah sangat* hihi -fullstop
meh dekat sikit ai nak kongsi cerita.

one day sebelum cuti raya hari tu dato' ada cerita kat ai pasal sorang muslimah yang dia dok berkenan sebelum ni -gulp *telan liur sendiri*

dato': hari tu aku ada tanya dia, satu hari nanti kalau dia nak kahwin, jangan lupa jemput aku
ai: (tengok muka dato' dengan muka tak berminat) -kononnnn
dato': lepas tu dia jawab, "kalau 'orang tu' kau, nak kena jemput jugak ke?"
ai: hmm... tu dah kira macam dia berpantun nak kau masuk minang kot.
dato': (geleng kepala dengan senyum lebaq) tak weh, aku takkan nikah selagi tak habis belajar
ai: hmm... don't worry la, kalau dah jodoh tak ke mana *oh! ini peringatan untuk diriku sendiri jugak*

FINE! that's the end of the story. korang pun rasanya dah faham kot apa ai rasa sekarang ni. guess what? dia tak boleh nak lupakan yang dulu tu lagi, but then ai'm glad to myself when he chose me to share the happy moments with. ai can feels the appreciation there. at least, we're still friends.

as ai have said, 'kalau dah jodoh tak ke mana' so ai am giving my faith in Allah. ai faham perasaan nak melupakan orang yang lama tu sangat susah, even ai sendiri takes 7 years untuk lupakan enche hati yang dahulu. 

so to dato' and fellas outside there, tok sah nak kalut sangat la, kalau dah jodoh tak ke mana. 

wassalam fellas.

p/s: ai akui entry kali ni agak dull. let's pray the best for everyone. xoxo *tunduk hormat*

Saturday, 3 August 2013

.: Lost Track :.

Assalam fellas !
[gambar hiasan]

LOST!

rancangan nak keluar berbuka sahaja, then you lost track, ter-shopping sakan pulak dengan le babes.
rancangan nak setia sehidup semati, then you lost track, you ter-jatuh hati ngan orang lain. (okeyh, guys, ni pengaruh drama k)
rancangan nak beli barang groceries sahaja, then you lost track, ter-beli barang yang tak perlu pulak.

LOST track. ai think it's a common thing bila apa yang fellas dah siap plan cantik-cantik macam rumah banglo tapi siap macam rumah teres pulak kan? *merapu lah* 
tapi macam tu lah. ai pun selalu sangat macam ni. 

hari tu plan cantik nak outing berbuka ngan the gangz kat mall, tapi ntah macam pulak boleh terlencong ter-shopping sekali. shopping raya-lah katakan...

ceritanya... 

ai keluar guna kereta dato'. before keluar tu memang ai dah siap-siap kasi tapau makanan berbuka untuk dia. *kenyangkan perut dia dulu*
lepas tu ai keluar dengan plan nak balik lepas berbuka. 
alkesahnya, lepas berbuka, *seperti tersebut di atas, ai ter-lencong ke shopping mall pulak*
so before that ai did text dato', 
"dato', kita orang balik lambat sikit boleh? nanti ai hantar kereta you."
so masa ai text dato' tu, for sure lah dia tak reply sebab masa tu dia tengah terawih kot 
so after terawih, aktiviti shopping kita orang masih berlangsung *tak balik lagi*
dan ai tak sedar pulak text dato' masuk kat inbox ai, 
"tak boleh."

so bila ai hantar kereta tu, dato' tunggu dengan muka toya sambil bertanya, 
"awal balik?" *okeyh, guys, ini sindiran!* - sah, masa ni air mata dah bertakung kot, drama betul !
ai jawab, 
"sori dato'. ter-shopping, tak sedar pulak."

fellas nak tau satu benda?
kelebihan dato' ialah dia, kalau marah, dia tak tengking, jerit-jerit macam orang lain tau tak
dia senyum , tapi ayat dia tu.... hailaaaaa. *sentap sungguh* - dia tau ja macam mana nak psiko ai

perasaan masa tu? hailaaa... serius weh, rasa nak nanges kaw-kaw *dato' pulak boleh buat selamba ja*
okeyh, dah sampai situ ja. ai minta maaf then balik kolej ai.
ending. 

moral of the story is? 
bila dah janji nak keluar tak lama tu, jangan la keluar lama sangat. tepati janji. tak la kena marah dengan dato' dan whatsoever. bila dah plan tu, buat la ikut perancangan, jangan suka-suka nak ubah plan. berterabur semua plan. oh my...maaf la dato'.  *ai am a sanguine person*

that's all for now fellas.
wassalam... xoxo *tunduk hormat*

Saturday, 27 July 2013

:: 10 Things What Make Me Happy Today ::

Assalam fellas!
[kredit]


meh sini nak cerita sikit pasai pa ai happy terlampau hari ini...

1. ai masih bernyawa, Alhamdulillah

2. ai dah sempat lagi nak sahur pagi tadi, siap terjah KFC kot.

3. ai dapat text from dato' pagi, so teringat ngan our private conversation then sengeh sorang-sorang *gila*

4. dapat lagi text from adik dan buat ai senyum lagi

5. dapat lagi text from puan mama dan buat kesekian kalinya, sengeh lagi *asyik tersengeh pulak ya*

6. ai berjaya sental selimut ai yang tebal dan besar bagak tu... *fuhh*

7. ai konon berjaya nak buat 'homework' ai tapi akhirnya dapat tahu yang ai salah teknik, hancur kerja ai, but then ai realize ai have learn something new.

8. ai kongsi cerita ngan adik lagi dan ai rasa ni best part sebab we have many things in commons

9. so-called-concerned ai dapat dari dato' pasal makanan untuk sahur... *tak selalu kot dia macam ni*

10. ai rasa hari ni ai produktif sikit, walaupun tak produktif mana, but hey! ai have try my best. so do you?

enough for that 10 things that make me happy... banyak lagi kot, tapi cukupla setakat ni. suffocating pulak korang nak baca nanti... 

moral of the entry, everyday is the best day for you, only of you appreciate it.

"jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam, dan jadikanlah hari esok lebih baik dari hari ini."

each and every of you make a day to someone near you, so have gratitude!

here is a quote that ai love for today :

"don't depend too much on anyone in this world because even your own shadow leaves you when you are in darkness."
-ibn taymiyyah-

wassalam, xoxo *tunduk hormat*

Monday, 15 July 2013

.: say the sorry :.

Assalammualaikum fellas !

[kredit]

my early entry have told you guys about how kerepek ai am together with my bad moodswing  yang endingnya ai lepaskan kat dato' kan. so today ai dah bertawakal hati pi jumpa dato' dan minta maaf. *berani tanggung berani jawab*

so at first ai buat macam biasa ja kat dia *macam tak da papa jadi* we are having a talk, a discussion about our presentation, he did mention yang dia tak dapat reply sebab takda kredit *eh? boleh pulak macam tu ya* dan ai pun counter back "kenapa tak pm fb kot?" *paling simple* then dato' just sengeh-sengeh *tayang gigi colgate dia tu*

masa kita orang dah mula buat kerja memasing tu, balik tempat duduk masing-masing. dato' start our conversation *kita orang duduk bersebelahan* :

dato': ko dah download ke movie tu? *referring tu last episode of Sebenarnya Saya Isteri Dia* aku minat gila drama ni weh
ai : (geleng kepala)
dato' : (sengeh-sengeh) kenapa? tak hidup lagi bb kau tu?
ai: (tengok muka dato' dan geleng lagi)
dato': (sengeh lagi sambil urut janggut ciput)
ai: ko dah download kan ke?
dato' : (geleng kepala dan sengeh lagi) *eh? banyak sengeh pulak budak ni kan*
ai: hmm... xpala, tunggu bb aku hidup nanti aku download sendiri je la. ada hamba Allah ni kata nak tolong downloadkan, tapi janji tinggal janji... konon hari tu cakap "ala.... takat satu episod je, berapa MB je kot.. 100. + MB je, x lama mana pun nak download" tapi sampai sekarang habuk pun tadakkk *hari tu memang dato' ada janji kat ai nak tolong download*
dato': (sengeh-sengeh sambil buat kerja sendiri)

our conversation stop at this point dan memasing buat kerja sendiri.

a few minutes later, masa tu ai dah sibuk jalan sana-sini dalam bilik kuliah tu konon nak isi masa lapang sebab tak ada lecturer kan, sampai waktu ai duduk tempat ai semula tu, dato' bagi thumbdrive dia yang dah xda body *rabak dah body thumbdrive budak ni*.... 

ai: (blur lagi) nak bagi apa nih? *suara garang*
dato': (muka serius) ada movie best dalam ni, ko ambik la
ai: (muka berkerut) cerita apa?
dato': (buat muka kayu)
ai: ko dah download kan ke???? episod last tu??? betul nih?? *mata berbintang-bintang*
dato': (angguk kepala dan terus buat kerja sendiri)

mak aihh.. rupanya sejak semalam lagi dia dah download siap-siap.

ARIGATO DATO' !!!

ai: mesti ko dah siap kutuk cakap ending dia buruk kan? *sebelum ni memang dia suka kutuk mana-mana episod SSID ni*
dato': aku tak tengok pun... aku cuma tengok part last tu 'TAMAT'. haa, aku tengok part tu je dah tau dah crta ni buruk. 
ai: (buat muka toya) malas la nak layan ko.

then, kita orang buat kerja memasing lagi sampai la ai teringat kat kesalahan yang masih belum berbayar lagi.

ai: dato', sebenarnya...
dato': (terus buat kerja tak toleh langsung) *down giler masa ni weh*
ai: dato' sebenarnya kan... sebenarnya aku ada termarah kat ko semalam pasal tak reply text kita orang. jadi... (then ai explain what happeng sambil dato' dengar dan buat muka toya). jadi, aku nak mintak maaf lah kat ko ni. (terus tengok muka dato', tanpa dia bagi respon) *toleh sikit pun tak kot* sengal.

after a few seconds, dato' angguk kepala. konon tengah tengok white board yang putih suci, entah terbayang apa ntah.

walawehhh... rasa lepas terus beban kat kepala bila kesalahan dah dimaafkan tu... then dato say this, "sepatutnya, kau buat selalu macam ni, boleh aku dapat pahala free." *eh? ni nasihat ke sindiran ke permintaan ke?*

maaflah dato, ai was having my PMS for these several days jadi memang sahlah moodswing melanda macam topan kan. nasib you lah dapat duduk sebelah budak sengal nih. 

anyway guys, moral og the story is berani buat salah, berani tanggung dan berani jawablah. itu baru namanya tanngungjawab. *berani tanngung berani jawab*

wassalam fellas. xoxo *tunduk hormat*

p/s: next time korang jangan jadi macam ai ngan dato'. sengal bebeno.

Sunday, 14 July 2013

.: dah buat salah :.

Assalammualaikum fellas !
[kredit]


huaaaaa... moodswing tak berapa nak baik hari ni. entah kenapa pulak ai jadi tak betol, semua kerja tak menjadi sangat dan terutama bila teringat ngan kerja si dato' ni buat ai rasa nak pitam dan kadang-kadang rasa nak sekeh-sekeh je budak tu. *apa pulak ai merepek ke laut ni kan*

alkisah maka tersebutlah dalam riwayat, 

esok ada presentation dan ai kali ni grouping ngan dato'. kita orang ada 4 in the group dan setiap seorang ada tugasan memasing. 3 orang buat slide dan seorang lagi buat editing. alkesahnya hari ini kena editing dan miss editing tanya ai mana si dato' tak hantar lagi slide dia nih?? kawan yang sorang lagi pun tanya hal yang sama juga padahal yang lain semua dah hantar dah... so ai text dato' untuk tanya pasal slide dia tu kan, habes-habes pulak budak ni tak reply text semua kita orang. *ko xda kredit ka dato'?*

seperti tersebut di atas, moodswing ai tak berapa nak bagus hari nih kan, *PMS kot* jadi ai text lagi dan lagi untuk tanya pasal kerja dato' until at one point, miss J tanya ai,

 "kenapa you tak percaya kerja dato' kali ni? sebelum-sebelum ni dia buat kerja okeyh je kan walaupun memang selalu hantar lambat." 

*zassss* Sentap kot bila mate ai tanya macam tu. terus ai buat refleksi seminit dua. 

ya. memang sebelum ni ai trust dato' punya kerja dan ai tahu kerja dia memang ok. 
ya. memang sebelum ni ai tahu dato' akan buat kerja dia bila dia kata dia akan buat.
ya. memang sebelum ni ai juga tahu yang dato' selalu hantar kerja lambat. 

mashaAllah, apa ai buat nih? takkan sebab satu faktor lain *bukan salah dato' * terus ai judge dia macam tu sekali padahal sebelum ni ai tahu kerja dia okeyh je kan. teruk nya kau hanaaaa !!! *facepalmsendiri*

"cik hana sayang, esok jangan lupa minta maaf ya."

huhu. akan kutabahkan hati, tebalkan muka dan butakan mata menghadap dato' esok hari untuk minta maaf. asif jiddan dato'!

anyway fellas, moral of the story is jangan mudah melenting tak tentu pasal macam ai. sengal tau orang sekeliling tengok you menyinga macam ni. 

wassalam. xoxo *tunduk hormat* 


Thursday, 11 July 2013

.: cerita dato' :.

Assalammualaikum, fellas !

[kredit]


WONDERFUL

that's the only word ai can utter to describe my feeling for today. *hokeyh, sedikit mengada-ngada di situ*
sebenarnya hari ni ai dan dato' ada gaduh sikit dan disebabkan my temper coz having a PMS, terus ai diam by the time dia buat hal. *gila teruk mood swing kau hana, padahal gadus pasal benda kecik je pun*

but then, tak lama lepas tu kita orang baik la semula. bukan senang nak tengok kita orang selalu baik-baik ni kan....

dia ni jenis yang 'kayu' tau. kalau orang buat lawak ke hape, dia buat 'tak wujud' je lawak ko tu. so baik tak payah sibuk-sibuk nak buat lawak lah ye.... tapi kalau dia buat lawak, memang 'kayu' lah kau kalau tak gelak. *sebab memang lucu kot* ehehe

lagi satu ai salute kat dato' ni, kalau ada yang dia tak berkenan tu, memang dia bagitahu je dengan bergaya 'santai' yang dia tak suka. *slap in my face* terus ai terdiam sebab terasa. sebab ai juga yang selalu kena tegur dengan dia ni. eheh

dia ingatkan ai kat my big boss kat rumah tu, "kalau nak bercakap, pikiaq betul-betul." supaya nanti tak menyesal. *dalam maksud nih*

so here is one more story la...

ai noticed someone had fallen into dato' so this lately, and ai terserempak la dengan moment si dia ni nak so-called approach ed dato' kot. but then dato' macam biasa, buat 'tak wujud' cik kak molek kita tu. *serius part ni ai rasa bercampur-baur masa tu* nak gelak ada, kesian pun ada gak.

well, kadang-kadang ai pun pernah juga dia buat 'tak wujud' lebih-lebih lagi bila ai buat hal yang memang ai tak patut buat pon. *salah sendiri lah kan* 

anyway, glad that ai have him as le dato'. *uhuk-uhuk*
banyak yang dia ajar ai sejak tiga tahun setengah ni walaupun macam tak nampak ape pon. 

hokeyh... penat dah nak bebel sementara menunggu berbuka ni *macam la ai puasa sangat kan*,  anyway, selamat berbuka fellas.

p/s: asif yaw! ini entry 'curhat' so, no susun sepuluh  jari sebab ni ai punya suka la...

wassalam... xoxo *tunduk hormat*

Monday, 24 June 2013

.: surat cinta saya :.

Assalammualaikum Anda,

Sejujurnya, saya tidak pernah menulis surat cinta sepanjang 21 tahun hidup dalam dunia. *kalau tulis surat tidak rasmi dalam kelas tu adalah* Jadi dalam surat  ini, saya hanya mampu berkongsi sedikit pendapat saya tentang satu hal yang kecil wujud dalam minda setiap kita bernama manusia iaitu 'Cinta'.

Mari saya kongsikan sesuatu tentang cinta,

Menurut Imam Ibnul al-Jauzi, kecintaan, kasih sayang, dan ketertarikan terhadap sesuatu yang indah dan memiliki keserasian bukanlah satu perasaan tercela. Perasaan ini tidak perlu dibuang. Namun, apabila cinta menguasai akal, cinta akan menjadikan seorang pencinta bertukar melebihi batas akal fikirannya sendiri. Lalu apabila cinta mendorong kepada kejahilan, wujudlah istilah cinta yang tercela.

Wahai anda,

Tiada yang mustahil tentang cinta kerana cinta akan datang kepada sesiapa sahaja. Anda mungkin boleh berkata dengan megah “Aku tidak pernah jatuh cinta” dan teruslah hidup dalam pembohongan itu. Dan pada saya, saya hidup kerana apa yang saya cintai.

Wahai anda,
Saya ambil sedikit waktu memohon doa dari anda agar saya sentiasa bersama cinta yang membimbing saya pada kehidupan akhirat yang baik. Semoga kita semua mencapai definisi cinta yang kita hajati. Amin.

Ikhlas,

Saya.

p/s: ni adalah tugasan kuliah ai untuk minggu lepas and fortunately le lecturer tak check pulak pasal surat cinta nih. kalau tak, sah-sahla ada yang kena penampo sebab gelakkan ai. 

p/ss: ai tak adalah pandai sangat nak tulis macam fellas semua buat kan, tapi atleast ai cuba. *ko hadeeeee*
p/sss: semua kesalahan bahasa dan adab ai susun sepuluh jari memohon ampun.

sekian, wassalam. xoxo *tunduk hormat*

Friday, 21 June 2013

.:Crush 1.0 :.

Assalam fellas !

pheww! obviously you guys can figure out what's this entry gonna be about right? takkan la nak cerita pasal jualan murah kamedar kot... *mata berpinar-pinar tengok kain murah*

ai personally have this one guy that everyone called as crush. *yeah! ai know it makes no sense now!*
lemme tell you something about myself, ai'm a type of girl yang jarang sangat kena scandal or being a crush to someone! though ai'm a bit rapat with few of my boyfriends! *baca sebagai kawan lelaki biasa* but then, none of them yang bertuah untuk menjadi my crush! 

turned out, it happen to this one special guy. anyway, ai called him special because indeed, he has his own special value. let's called him dato'.

dato' ni budget budak baik lah katakan, jenis yang pendiam, anti-social towards the girls, and budget budak beriman dan baik. tahap akademik pula takdelah membanggakan sangat but then there's a time when he gives an opinion, turned out it become a superb one! *amazed*

anyway, it's not me who made him as my crush, it just happen by all our other members. since ai dengan dia selalu work as a team, and kind of ai ni jenis yang mudah nak tangkap macam mana cara someone tu kerja, so ai faham je style dato' ni punya kerja. so called kononnya memahami dialah kan. sebab tu our mates keep saying yang we shall be perfect match to each other. saling memahami. KONONNYA!

dia ni pulak jenis yang cool je bila orang dok buat gosip bagai macam tu. siap mengaku lagi depan ai saying this "ha'ah, memang aku suka kau." *guys! what does this mean?!* but then ai know yang dia hanya bergurau semata-mata.

and even our lecturer's know about us being a crush. and they keep smiling dan join kacau kita orang sekali. =.='

dari perspektif kawan:

members keep thinking that ai do fall onto him as his name is always on my line whenever ai talk about something. and dalam banyak-banyak orang, ai antara yang paling berani ngan dia kot.

perspektif dia:

well... ai tak tahu apa perspektif dia but then ai can see how uncomfortable he is. but then, kadang-kadang tu dia bagi respon jugak. itu yang pening tu!

perspektif ai:

as from my own perspektif, ai yakin dengan hati ai, ai tak tertarik langsung dengan dato' ni kot. but then, kalau dah ditakdirkan kita orang ada jodoh, ai terima dengan redha sebab ai tahu, dia memang ada kualiti lelaki yang baik, but then ai knew it too, tak semua baik.ai know his past and he know my past. dan ai takkan mulakan selagi dia tak mulakan. *hellooo, ai ni perempuan yaw!* and ai keep thinking yang sebenarnya kita orang tak ada jodoh pun. cuma surrounding saja yang selalu cuba nak menjodohkan kita orang.

anyway fellas, entry ni lebih kepada curhat ai saja. tak tahu nak luah kat siapa, my friends seems can't handle this issue as much as ai hope them for. so ai think this is the most better way to express my thought. *mana-mana yang rasa geli dan meluat tu, sori, sila blah dari entry ai*

that's all from me now. ai susun sepuluh jari mohon ampun atas sebarang kata da mesej dan isu yang disentuh yang fellas tak boleh nak terima. 

wassalam. xoxo *tunduk hormat*

gambar di bawah hanya perhiasan semata-mata. berangan ~~~

[kredit]


Saturday, 1 June 2013

:: 10 Things What Make Me Happy :: Part 2

Assalam fellas !

[kredit]

once again ai nak share *buat muka tak malu 10 benda yang buat ai hepi go lucky today *even you didn't see a smile in my eyes ;p

1. ai bangun awal, eh salah ! ai masih bernyawa hari ni! Alhamdulillah

2. ai masak for le family's breakfast! nasi goreng je pon but hey, Queen Mak told me that my nasi goreng is teh best among all *love you mom!

3. hei, semalam ai mimpi lagi ! it's the same dream ai guess, kinda weird but afterall, ai pray for the dream to bring such a good thing to me. Amin!

4. ai finish some "work-stuff" again after wondering and doing nothing day a day before! *okeyh, ai know, there're too much exclamation mark here, hoho, excited yo!

5. ai dah start buat my "so-called-dream-work", harap la siap kan. biiznillah

6. ai dapat berita yang kurang baik la hari ni, but then ai realize one thing, if la 'that' thing happen, still then ai can manage on my own though it's gonna be tough but how's my friends then? so ai cepat syukur coz ai have 'this' talent. so...syukur

7. hari ni makan masakan Queen Mak. it's a wonderful thing that make my day because hei, bukan hari-hari ai boleh makan masakan mak tau

8. ...... apa eh? oh ya, ai masih ada a few of friends yang take a day off and hang-out kat rumah ai. a day off just for me? oh my, thank god dear babe 

9. it's maybe a common thing but then ai have to say, ai'm very healthy today and that's make my day! alhamdulillah

10. after all, ai masih ada this blog to express my feeling though takda sapa-sapa nak baca pon kan.... eh? ada ke? :p

so korang, tahniah la sebab sampai waktu ni pon korang masih dok melangut kat sana baca entry ai ni ya. *air mata terharu merembes keluar jadi ai nak ajak korang ramai-ramai mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dah kurniakan hari yang terbaik hari ini. 

"jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan jadikan hari esok lebih baik daripada hari ini."

each and every of you make a day to someone near you, so have gratitude! 

here's a quote ai wanna share with you, selamat termenung dan beramal!

Sahabat Abi Hurairah r.a berkata, bahawa Rasullullah s.a.w telah bersabda: "Jauhilah olehmu perbuatan dengki. sebab dengki boleh menghapus segala amal kebajikan sebagaimana api menyala yang menghabiskan kayu bakar." 
- Riwayat Abu. Daud-

that's all from me fellas.

wassalam! xoxo *tunduk hormat*

Thursday, 30 May 2013

:: Life Has Its Own Cyle ::

Assalam fellas !

[kredit]

Ehem. ai akan serius sikit dalam entry ni cause ai'm gonna share my thought. a simple thought about our life's cycle. ai tau ai takda degree *baca sebagai ijazah mahupun pangkat profesor madya dan sebagainya untuk buat kenyataan ni but hei, even a five years old kid pun boleh realize yang we have a life's cycle. 

tak percaya? okeyh, hari ni korang buat apa? semalam buat apa dan esok tengah planning buat apa? mesti ada saja yang rutin kan. see? but what ai wanna say here is how do we live up with that life's cycle?

setiap hari ai will always to come up with something new in my life, though ai am still doing the same routine but ai will make sure there is something new, hei, even you post something new in your social acc pon consider as something new. isn't it?

but then, kadang-kadang kita terlupa dan tak tersedar yang dalam kerutinan hidup kita itu, kita tetap berubah tanpa kita sendiri sedar. tak kesah lah berubah dari apek apapon, fizikal yang merangkap kedut di muka ke, semakin tinggi ke, semakin kemetot ke, semakin cantik ke, semakin comel ke, semakin berkedut ke, opps! atau perubahan dari aspek lain contohnya semakin kaya ke, semakin gembira ke, semakin bahagia ke, semakin itu dan semakin ini...

kita mungkin tak sedar tapi orang-orang di sekeliling kita sedar yang kita sedang dalam fasa perubahan. mungkin dari cara kita bercakap, cara kita berjalan waima mungkin cara kita makan pon dah berubah. 

hanya saja jika semua perubahan itu menjurus ke arah kebaikan. tapi bagaimana pula kalau perubahan itu menjurus ke arah keburukan?

ai am gonna share you a secret here. ai jenis yang suka stalk post ai sendiri, know what's that mean? ai jenis yang suka baca post-post ai yang lama dulu kat dinding masa social acc ai. kat fb ke, kat twitter ke, kat whatsapp ke even my old messages pon ai akan baca. *psiko eh? *

tujuan? sebab ai nak buat perbandingan dan refleksi diri ai. kadang-kadang ai akan tersedar dan terperasan yang "eh, ai macam ni ya dulu?" atau "jahatnya ai dulu." malah "dulu ai komen macam ni, kenapa sekarang macam tu pulak ya?" waima "ai dah berubah la..... " dan banyak awan-awan udara yang mula terbang di kepala ai bila ai start stalked my own status. *psiko gila!*

but that's how ai make my own reflection. ai suka je baca balik apa yang ai komen kat kawan-kawan ai dulu, dan apa yang ai komen kat kawan-kawan ai sekarang. so ai sangat berterima kasih kat mark *fb's founder* sebab create kat timeline's app kat fb tu. sangat membantu ai, so tak perlu la ai nak scroll down memanjang, hanya perlu klik. ecewahhh

yelah, kita mudah je nak judge orang "eh, dia ni dulu sopan je, sekarang dah jadi begini begitu pulak." dan bla bla bla tapi kita pernah ke nak judge sendiri? acane tu *jawab sendiri*

so fellas, kesimpulan ai ialah walaupun kita tengok hidup kita macam "routine" percayalah tetap ada perubahan atau sesuatu yang baru telah kita lakukan dan they *people around us* knew it. so before they get annoyed *if la perubahan tu buruk kan we better fix ourself in the first place!

anyway, that's all from me fellas. sebarang kerojakan bahasa ai susun sepuluh jari mohon ampun ya. biyanne!

wassalam. xoxo *tunduk hormat*

Monday, 27 May 2013

:: Biasa ::

Gambar hiasan [kredit]

Assalamualaikum fellas !

Biasa. Rutin harian itu apabila selalu dilakukan akan membuatkan kita menjadi jemu, maka jadilah kita manusia seperti robot yang hanya melakukannya demi memenuhi tanggunngjawab, keperluan atau suruhan.

Suruhan? Ya, ai sedang bercakap tentang suruhan atau lebih tepatnya suruhan Allah. Korang mesti tahu *jangan buat-buat tak tahu pulak solat itu wajib, puasa itu juga wajib dan berbuat baik itu juga wajib. Osem.

Tapi mungkin ada antara korang termasuk ai sendiri *tak mahu tipu pernah merasa yang kewajipan ibadat itu kadang-kadang bertukar menjadi satu perkara rutin yang hanya dilakukan sekadar memenuhi tuntutan dan mengelakkan diri dari terhumban dalam api neraka *weehaaa, rahsia terbongkar sudah, mari bunuh diri beramai-ramai

Lantas apa tindakan korang untuk mengatasi masalah ni? Huh. Korang rasa ini bukan masalah besar? Kawan, memikirkan ini bukan masalah besar adalah satu masalah terbesar yang sedang kita alami. Ini sudah semestinya adalah masalah besar, bagaimana menghadapi?

Apabila ai berada di puncak perasaan seperti ini, apa yang ai lakukan ialah ai buat refleksi diri, tafakur sebentar dan mula merangka punca dan asbab ini semua terjadi. Bila rasa satu ibadah itu sudah bertukar menjadi satu yang rutin dan perasaan seronok melakukan ibadah itu sudah  sirna, ai akan top-up iman dengan majlis ilmu.

Kerana itulah kita digalakkan menghadiri majlis ilmu dan nak hadir majlis ilmu bukan hanya  dengan menghadiri kuliah maghrib, kuliah subuh, ceramah dan forum agama semata-mata. Kita juga boleh top-up iman dengan menghadiri majlis ilmu di utube, hanya perlu minta bantuan pakcik google untuk carian forum yang korang suka. Tajuknya itu pilihlah tajuk-tajuk yang sesuai contohnya, hayati semula sirah nabi, kisah para sahabat, azab meninggalkan ibadah dan sebagainya. *nescaya rasa rutin itu akan hilang dan diganti semula dengan rasa seronok, dan bersemangat untuk beribadah. Yiihaaa

Selain itu, rajin-rajinkanlah diri membaca bahan-bahan berunsur motivasi ke arah akhirat, dan bukannya motivasi keseronokan semata-mata.

Ok.fine. itu sahaja yang ingin ai kongsikan tahap ini. Asbab ai tulis entry ni adalah kerana ai juga pernah merasa perasaan ni dan ai tak mahu ada antara kita yang sudah beli tiket masuk gerabak tarbiyah dan dakwah namun di pertengahan jalan, hati jadi sirna dan terus hilang minat. Tak sampai lah kita ke stesen akhir yang dimimpikan bersama.

Sebarang kerojakan bahasa yang terlampau, ai susun sepuluh jari mohon ampun ya. biyanne!


Wassalam fellas, xoxo *tunduk hormat*

Sunday, 26 May 2013

:: Apa itu inner? ::

Assalammualaikum fellas !

Entry ni ai buat sejurus selepas entry 10 kesilapan wanita tentang aurat klik sini.

Entry ni khas untuk tajuk 'inner'

Apa itu 'inner'? Inner adalah pakaian dalam yang hampir serupa dengan pakaian luar. Terdiri daripada baju inner panjang/pendek, inner skirt dan inner tudung. Tujuannya adalah untuk melindungi tubuh wanita daripada terdedah apabila pakaian luar yang dikenakan tidak menutup aurat dengan sempurna. 

analogi:
kalau sebelum pakai make-up, kita guna foundation, jadi sebelum guna baju di luar, kita guna inner.

tips memilih inner:
1. pilih inner yang longgar, tidak melekat di tubuh. rasionalnya, kita guna inner sebab nak melindungi tubuh supaya tidak terdedah, kalau dah melekat kat tubuh... hmmm

2. pilih material kain inner daripada kain yang menyerap peluh. rasionalnya, supaya serap peluh la. ehehe. *don worry, kebanyakan inner memang dibuat daripada kain yang menyerap peluh, contohnya, kain cotton

3. pilih inner warna gelap

itu saja tips nya, tak susahpun. 

ai akan guna inner bila ai nak beriadah, sebab waktu kita akan bergerak aktif, bare in minda, everything impossible can happen, sebab tu ai guna inner, untuk langkah keselamata. inner tudung pulak, ai hanya guna bila kain tudung yang akan guna tu jarangm contohnya tudung bawal. dan inner kain akan guna bila ai pakai kain jenis jarang atau warna terang. ai guess, korang pun boleh nak tentukan bila waktu korang patut guna tau tak guna inner kan?

sini ada beberapa contoh inner:


ai punya inner tak mahal, sekitar RM10- RM 30 sahaja. kat market pun banyak, contoh di pasara raya UNACO, GIANT sehinggalah di butik persendirian.. *dimana ada kemahuan membeli, disitu ada inner

ok fellas, itu saja untuk kali. untuk kerojakan bahasa dalam entry ni, ai susun sepuluh jari mohon ampun. biyannne!

wassalam, xoxo *tunduk hormat*

:: 10 kesilapan kerap wanita tentang aurat ::

[kredit]


Assalamualaikum fellas !

Ini tazkirah, mari ai kongsikan dengan korang. Untuk menerima atau tidak, itu terpulang dengan hati masing-masing. Ai buat apa yang ai termampu. Mungkin ini dakwah terkecil yang mampu ai buat. Anyway, sumber initipati tazkirah ini ai kreditkan kepada penulis Zaid Akhtar dalam terbitan berjudul Kumpulan Cerpen Bayu Dingin Mediterraean, halaman 74.

Buku ni ai beli guna baucer buku yang ai dapat, so bermanfaat tak? Disebabkan ai ni ulat buku *tak payah nak sengih, ai tau ai budak skema jadi masa cuti semester inilah ai nak abdikan diri dengan membaca buku-buku yang ai dah beli sepanjang semester. Eheh.

Enough dengan crita ai, meh ai kongsi ngan korang apa isi pertama yang ai rasa ai wajib share!

10 kesilapan kerap wanita tentang aurat


1. Aurat itu dalah memakai tudung semata-mata

2. Bertudung tetapi berbaju 'T-Shirt' lengan pendek atau paras siku

3. Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kain

4. Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah menggoda

5. bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

6. bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja.tidak di sekitar rumah, pasar raya dan sebagainya.

7. bertudung tetapi tudungnya dilempat ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya daripada ditutupi kain tudung.

8. bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis, sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan sebagainya.

9. bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

10. bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. sama ada menyanyi mahupun bernasyid. tiada dakwah yang sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya dan kita tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. suaranya yang emrdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

inilah intipati yang ai dah kutip dan nak sampaikan kat korang. bagi yang baru nak berhijrah dan korang tak mampu nak beli baju muslimah sebab mahal, don worry, boleh guna 'inner' *rupanya serupa baju lengan panjang cuma ia hanya sesuai digunakan sebagai 'inner' material: kain cotton yang menyerap peluh*. guna inner kat dalam dan baju lengan pendek kat luar. nak tahu banyak tentang inner, boleh klik sini

selain tu, bagi yang nak berfesyen dalam bertudung, don't worry too, ada banyak style tudung yang korang boleh ikut, cuma ingat, tuudng bukan pengganti rambut tapi adalah pelindung rambut. so kalau nak jadi fashionista pun, biarlah berpada-pada

isu aurat ni, korang nak bangkang macam mana sekalipun tak guna sebab dah ditetapkan dalam Al-Quran:

"Wahai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak -anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
Surah Al-Ahzab : 59

"Wahai anak Adam, sesunggunya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itu adalah yang paling baik. yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat."
Surah Al- Aaaraf :26

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka,atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."
Surah An-Nur : 31

renungkan-renungkan dan selamat termenung fellas!

sebarang kesilapan dan kerojakan bahasa, ai susun sepuluh jari mohon maaf. biyaane!

p/s: kepada yang sudah bertudung dengan sempurna, samalah-samalah kita berdoa supaya kita istiqamah selalu. walaupun kita bertudung hari ini, tak semestinya kita boleh sambil lewa dan yakin kita akan kekal begitu selamanya, maka marilah memohon agar kekuatan istiqamah itu daripada Allah. amin.

wassalam... xoxo *tunduk hormat*