![]() |
Gambar hiasan [kredit] |
Assalamualaikum fellas !
Biasa. Rutin harian itu apabila selalu dilakukan akan
membuatkan kita menjadi jemu, maka jadilah kita manusia seperti robot yang
hanya melakukannya demi memenuhi tanggunngjawab, keperluan atau suruhan.
Suruhan? Ya, ai sedang bercakap tentang suruhan atau lebih
tepatnya suruhan Allah. Korang mesti tahu *jangan buat-buat tak tahu pulak
solat itu wajib, puasa itu juga wajib dan berbuat baik itu juga wajib. Osem.
Tapi mungkin ada antara korang termasuk ai sendiri *tak mahu
tipu pernah merasa yang kewajipan ibadat itu kadang-kadang bertukar menjadi
satu perkara rutin yang hanya dilakukan sekadar memenuhi tuntutan dan
mengelakkan diri dari terhumban dalam api neraka *weehaaa, rahsia terbongkar
sudah, mari bunuh diri beramai-ramai
Lantas apa tindakan korang untuk mengatasi masalah ni? Huh. Korang
rasa ini bukan masalah besar? Kawan, memikirkan ini bukan masalah besar adalah
satu masalah terbesar yang sedang kita alami. Ini sudah semestinya adalah
masalah besar, bagaimana menghadapi?
Apabila ai berada di puncak perasaan seperti ini, apa yang
ai lakukan ialah ai buat refleksi diri, tafakur sebentar dan mula merangka
punca dan asbab ini semua terjadi. Bila rasa satu ibadah itu sudah bertukar
menjadi satu yang rutin dan perasaan seronok melakukan ibadah itu sudah sirna, ai akan top-up iman dengan majlis
ilmu.
Kerana itulah kita digalakkan menghadiri majlis ilmu dan nak
hadir majlis ilmu bukan hanya dengan
menghadiri kuliah maghrib, kuliah subuh, ceramah dan forum agama semata-mata. Kita
juga boleh top-up iman dengan menghadiri majlis ilmu di utube, hanya perlu
minta bantuan pakcik google untuk carian forum yang korang suka. Tajuknya itu
pilihlah tajuk-tajuk yang sesuai contohnya, hayati semula sirah nabi, kisah
para sahabat, azab meninggalkan ibadah dan sebagainya. *nescaya rasa rutin itu
akan hilang dan diganti semula dengan rasa seronok, dan bersemangat untuk
beribadah. Yiihaaa
Selain itu, rajin-rajinkanlah diri membaca bahan-bahan
berunsur motivasi ke arah akhirat, dan bukannya motivasi keseronokan
semata-mata.
Ok.fine. itu sahaja yang ingin ai kongsikan tahap ini. Asbab
ai tulis entry ni adalah kerana ai juga pernah merasa perasaan ni dan ai tak
mahu ada antara kita yang sudah beli tiket masuk gerabak tarbiyah dan dakwah
namun di pertengahan jalan, hati jadi sirna dan terus hilang minat. Tak sampai
lah kita ke stesen akhir yang dimimpikan bersama.
Sebarang kerojakan bahasa yang terlampau, ai susun sepuluh
jari mohon ampun ya. biyanne!
Wassalam fellas, xoxo *tunduk hormat*
No comments:
Post a Comment