Assalammualaikum Anda,
Sejujurnya, saya tidak pernah menulis surat
cinta sepanjang 21 tahun hidup dalam dunia. *kalau tulis surat tidak rasmi
dalam kelas tu adalah* Jadi dalam surat
ini, saya hanya mampu berkongsi sedikit pendapat saya tentang satu hal
yang kecil wujud dalam minda setiap kita bernama manusia iaitu 'Cinta'.
Mari saya kongsikan sesuatu tentang cinta,
Menurut Imam Ibnul al-Jauzi, kecintaan,
kasih sayang, dan ketertarikan terhadap sesuatu yang indah dan memiliki
keserasian bukanlah satu perasaan tercela. Perasaan ini tidak perlu dibuang.
Namun, apabila cinta menguasai akal, cinta akan menjadikan seorang pencinta
bertukar melebihi batas akal fikirannya sendiri. Lalu apabila cinta mendorong
kepada kejahilan, wujudlah istilah cinta yang tercela.
Wahai anda,
Tiada yang mustahil tentang cinta kerana
cinta akan datang kepada sesiapa sahaja. Anda mungkin boleh berkata dengan
megah “Aku tidak pernah jatuh cinta” dan teruslah hidup dalam pembohongan itu.
Dan pada saya, saya hidup kerana apa yang saya cintai.
Wahai anda,
Saya ambil sedikit waktu memohon doa dari
anda agar saya sentiasa bersama cinta yang membimbing saya pada kehidupan
akhirat yang baik. Semoga kita semua mencapai definisi cinta yang kita hajati.
Amin.
Ikhlas,
Saya.
p/s: ni adalah tugasan kuliah ai untuk minggu lepas and fortunately le lecturer tak check pulak pasal surat cinta nih. kalau tak, sah-sahla ada yang kena penampo sebab gelakkan ai.
p/ss: ai tak adalah pandai sangat nak tulis macam fellas semua buat kan, tapi atleast ai cuba. *ko hadeeeee*
p/sss: semua kesalahan bahasa dan adab ai susun sepuluh jari memohon ampun.
sekian, wassalam. xoxo *tunduk hormat*
No comments:
Post a Comment