Friday, 24 May 2013

:: AF (Akademi Fantasia) Kembali Lagi ! ::



Assalammualaikum fellas !

Hey, mesti korang dah dengar cerita yang Akademi Fantasia kembali lagi. Hmm.. agaknya ai antara yang terakhir sekali dapat tau kot… btw, who cares!

Akademi Fantasia 2013 akan membawa satu dimensi baru, logo pun dah guna logo baru. Dengan cerita, penyertaan pula boleh secara individu dan duet…agaknya macam tu ya?

[kredit]


Ai bukan spesis manusia yang tengok tv 24/7 lebih-lebih lagi kalau rancangan realiti. Tambah lagi, rumah ai tak melanggan astro *syukurlah

ok.fine. stop with all this meleter. Sebenarnya ai tak membantah dan tak juga menyokong seratus peratus rancangan reality di negara kita ni. Dari sisi putihnya, kewujudan rancangan reality ini memberi peluang, jalan pintas, dan membuka laluan kepada orang-orang biasa untuk menyerlahkan bakat dan potensi diri mereka. *ecewah, dah macam cegu-cegu pulak ai ni berceramah ya

rancangan reality ni juga secara tak langsung memberi ruang kepada orang –orang biasa untuk mencari rezeki, mengubah status hidup dan tambah duit untuk sara keluarga. Banyak dah contoh yang ada kita boleh sekarang. Syukurlah

tapi dari satu sudut yang lain, secara jujurnya, ai melihat kebaikan yang dibawa tak mampu melebihi keburukannya juga. But hey, we can change it

ai tak menjurus hanya kepada rancangan reality di atas sahaja, ai bercakap secara umum. Kebanyakan rancangan reality di negara Islam kita tak mempamerkan imej negara yang sebenar. Adakah imej yang sedia ini kita nak tunjukkan kepada negara luar? Ya, sememangnya kita adalah negara berbilang etnik, negara majmuk, itu ai tak nafikan dan ai tegaskan di sini, ai takracist. *as you see me, ai darah campur cina+malay so ai tak berat kepada mana-mana kaum etnik

back to the topic sentence, rancangan reality kita tak seiring dengan imej negara sebagai negara Islam, why? Cer tengok kat tv tu, retis-retis semua pakai baju yang ‘sangat’ cukup kain, ‘sangat’ longgar dan ‘sangat’ tidak tabarruj. *oh my, there are too many ‘sangat’ contoh lain korang boleh fikir sendiri

tak masuk lagi dengan pergaulan yang digalakkan sama ada di hostel mereka ataupun di atas pentas. Skinship, love-dovey relationship semua sheep-sheep yang kononnya akan menimbulkan kontroversi padahal itulah yang dicari media untuk tambah harta dalam lombong. *oh, my, terlebih disitu ya.ehek so ai nak korang reflect lagi, inikah imej yang kita nak bawa?

So, macam mana pulak rancangan reality yang tak membazir, tak tabarruj, tak melampau, tak ada sheep-sheep semua tu? Ok, gini. ai lebih suka kalau kita wujudkan rancangan reality yang bersifat educational, contohnya, rancangan mencari motivator, pengacara berkaliber dan etc. *anyway, sekarang ni semua orang dah boleh jadi retis, hantar video kat utube pun dah popular kot so why don’t we try to come out with a different one? Sudah-sudahlah menjadi mesin fotokopi dunia luar ya. eheha

Dan ai lebih suka kalau diwujudkan boundary di alam media untuk retis muslim dan non-muslim. Ai bukan nak wujudkan assabiah ke hape kan, cuma nak bagi kefahaman di sini, cara hiburan kita sama. Cer wujudkan satu akademi yang khas untuk retis muslim, contohnya, akademi qasidah ke akademi nasyid ke, kalau nak campurkan jugak, set a limit yang muslimah tak boleh join rancangan reality yang menari dan bergelek semua tu. *sedia dalam otak yang kita tak nak kembali ke zaman jahiliah ya

Contoh sedia ada, rancangan imam muda but then ustazah pilihan tu ai tak berapa nak sokong sangat la. Maaf, mungkin ai dianggap kolot dan tak buka minda, but ai dah set dalam kepala ai yang seorang muslimah tak patut terlalu menonjol di pentas hiburan. Kalau nak juga tu, boleh, tapi berpada-padalah. So called, ai pun ada juga retis muslimah yang minat macam kak wardina dan mbak oki setiana dewi ^------^

Imam Muda [kredit]


Ok fellas, that’s all from me, ai leter banyak-banyak pun kalau korang tak boleh terima, ai peduli hape kannnn. Sepuluh jari ku susun dan ku pohon andai pendapat ai tak seangkatan ngan korang ya. ai pun masih kecik lagi dalam meneliti kehidupan dunia ni. *I said, “nobody’s perfect dear!” bling bling eyes

Wassalam fellas. Xoxo tunduk hormat ;)


No comments:

Post a Comment