Thursday, 30 May 2013

:: Life Has Its Own Cyle ::

Assalam fellas !

[kredit]

Ehem. ai akan serius sikit dalam entry ni cause ai'm gonna share my thought. a simple thought about our life's cycle. ai tau ai takda degree *baca sebagai ijazah mahupun pangkat profesor madya dan sebagainya untuk buat kenyataan ni but hei, even a five years old kid pun boleh realize yang we have a life's cycle. 

tak percaya? okeyh, hari ni korang buat apa? semalam buat apa dan esok tengah planning buat apa? mesti ada saja yang rutin kan. see? but what ai wanna say here is how do we live up with that life's cycle?

setiap hari ai will always to come up with something new in my life, though ai am still doing the same routine but ai will make sure there is something new, hei, even you post something new in your social acc pon consider as something new. isn't it?

but then, kadang-kadang kita terlupa dan tak tersedar yang dalam kerutinan hidup kita itu, kita tetap berubah tanpa kita sendiri sedar. tak kesah lah berubah dari apek apapon, fizikal yang merangkap kedut di muka ke, semakin tinggi ke, semakin kemetot ke, semakin cantik ke, semakin comel ke, semakin berkedut ke, opps! atau perubahan dari aspek lain contohnya semakin kaya ke, semakin gembira ke, semakin bahagia ke, semakin itu dan semakin ini...

kita mungkin tak sedar tapi orang-orang di sekeliling kita sedar yang kita sedang dalam fasa perubahan. mungkin dari cara kita bercakap, cara kita berjalan waima mungkin cara kita makan pon dah berubah. 

hanya saja jika semua perubahan itu menjurus ke arah kebaikan. tapi bagaimana pula kalau perubahan itu menjurus ke arah keburukan?

ai am gonna share you a secret here. ai jenis yang suka stalk post ai sendiri, know what's that mean? ai jenis yang suka baca post-post ai yang lama dulu kat dinding masa social acc ai. kat fb ke, kat twitter ke, kat whatsapp ke even my old messages pon ai akan baca. *psiko eh? *

tujuan? sebab ai nak buat perbandingan dan refleksi diri ai. kadang-kadang ai akan tersedar dan terperasan yang "eh, ai macam ni ya dulu?" atau "jahatnya ai dulu." malah "dulu ai komen macam ni, kenapa sekarang macam tu pulak ya?" waima "ai dah berubah la..... " dan banyak awan-awan udara yang mula terbang di kepala ai bila ai start stalked my own status. *psiko gila!*

but that's how ai make my own reflection. ai suka je baca balik apa yang ai komen kat kawan-kawan ai dulu, dan apa yang ai komen kat kawan-kawan ai sekarang. so ai sangat berterima kasih kat mark *fb's founder* sebab create kat timeline's app kat fb tu. sangat membantu ai, so tak perlu la ai nak scroll down memanjang, hanya perlu klik. ecewahhh

yelah, kita mudah je nak judge orang "eh, dia ni dulu sopan je, sekarang dah jadi begini begitu pulak." dan bla bla bla tapi kita pernah ke nak judge sendiri? acane tu *jawab sendiri*

so fellas, kesimpulan ai ialah walaupun kita tengok hidup kita macam "routine" percayalah tetap ada perubahan atau sesuatu yang baru telah kita lakukan dan they *people around us* knew it. so before they get annoyed *if la perubahan tu buruk kan we better fix ourself in the first place!

anyway, that's all from me fellas. sebarang kerojakan bahasa ai susun sepuluh jari mohon ampun ya. biyanne!

wassalam. xoxo *tunduk hormat*

Monday, 27 May 2013

:: Biasa ::

Gambar hiasan [kredit]

Assalamualaikum fellas !

Biasa. Rutin harian itu apabila selalu dilakukan akan membuatkan kita menjadi jemu, maka jadilah kita manusia seperti robot yang hanya melakukannya demi memenuhi tanggunngjawab, keperluan atau suruhan.

Suruhan? Ya, ai sedang bercakap tentang suruhan atau lebih tepatnya suruhan Allah. Korang mesti tahu *jangan buat-buat tak tahu pulak solat itu wajib, puasa itu juga wajib dan berbuat baik itu juga wajib. Osem.

Tapi mungkin ada antara korang termasuk ai sendiri *tak mahu tipu pernah merasa yang kewajipan ibadat itu kadang-kadang bertukar menjadi satu perkara rutin yang hanya dilakukan sekadar memenuhi tuntutan dan mengelakkan diri dari terhumban dalam api neraka *weehaaa, rahsia terbongkar sudah, mari bunuh diri beramai-ramai

Lantas apa tindakan korang untuk mengatasi masalah ni? Huh. Korang rasa ini bukan masalah besar? Kawan, memikirkan ini bukan masalah besar adalah satu masalah terbesar yang sedang kita alami. Ini sudah semestinya adalah masalah besar, bagaimana menghadapi?

Apabila ai berada di puncak perasaan seperti ini, apa yang ai lakukan ialah ai buat refleksi diri, tafakur sebentar dan mula merangka punca dan asbab ini semua terjadi. Bila rasa satu ibadah itu sudah bertukar menjadi satu yang rutin dan perasaan seronok melakukan ibadah itu sudah  sirna, ai akan top-up iman dengan majlis ilmu.

Kerana itulah kita digalakkan menghadiri majlis ilmu dan nak hadir majlis ilmu bukan hanya  dengan menghadiri kuliah maghrib, kuliah subuh, ceramah dan forum agama semata-mata. Kita juga boleh top-up iman dengan menghadiri majlis ilmu di utube, hanya perlu minta bantuan pakcik google untuk carian forum yang korang suka. Tajuknya itu pilihlah tajuk-tajuk yang sesuai contohnya, hayati semula sirah nabi, kisah para sahabat, azab meninggalkan ibadah dan sebagainya. *nescaya rasa rutin itu akan hilang dan diganti semula dengan rasa seronok, dan bersemangat untuk beribadah. Yiihaaa

Selain itu, rajin-rajinkanlah diri membaca bahan-bahan berunsur motivasi ke arah akhirat, dan bukannya motivasi keseronokan semata-mata.

Ok.fine. itu sahaja yang ingin ai kongsikan tahap ini. Asbab ai tulis entry ni adalah kerana ai juga pernah merasa perasaan ni dan ai tak mahu ada antara kita yang sudah beli tiket masuk gerabak tarbiyah dan dakwah namun di pertengahan jalan, hati jadi sirna dan terus hilang minat. Tak sampai lah kita ke stesen akhir yang dimimpikan bersama.

Sebarang kerojakan bahasa yang terlampau, ai susun sepuluh jari mohon ampun ya. biyanne!


Wassalam fellas, xoxo *tunduk hormat*

Sunday, 26 May 2013

:: Apa itu inner? ::

Assalammualaikum fellas !

Entry ni ai buat sejurus selepas entry 10 kesilapan wanita tentang aurat klik sini.

Entry ni khas untuk tajuk 'inner'

Apa itu 'inner'? Inner adalah pakaian dalam yang hampir serupa dengan pakaian luar. Terdiri daripada baju inner panjang/pendek, inner skirt dan inner tudung. Tujuannya adalah untuk melindungi tubuh wanita daripada terdedah apabila pakaian luar yang dikenakan tidak menutup aurat dengan sempurna. 

analogi:
kalau sebelum pakai make-up, kita guna foundation, jadi sebelum guna baju di luar, kita guna inner.

tips memilih inner:
1. pilih inner yang longgar, tidak melekat di tubuh. rasionalnya, kita guna inner sebab nak melindungi tubuh supaya tidak terdedah, kalau dah melekat kat tubuh... hmmm

2. pilih material kain inner daripada kain yang menyerap peluh. rasionalnya, supaya serap peluh la. ehehe. *don worry, kebanyakan inner memang dibuat daripada kain yang menyerap peluh, contohnya, kain cotton

3. pilih inner warna gelap

itu saja tips nya, tak susahpun. 

ai akan guna inner bila ai nak beriadah, sebab waktu kita akan bergerak aktif, bare in minda, everything impossible can happen, sebab tu ai guna inner, untuk langkah keselamata. inner tudung pulak, ai hanya guna bila kain tudung yang akan guna tu jarangm contohnya tudung bawal. dan inner kain akan guna bila ai pakai kain jenis jarang atau warna terang. ai guess, korang pun boleh nak tentukan bila waktu korang patut guna tau tak guna inner kan?

sini ada beberapa contoh inner:


ai punya inner tak mahal, sekitar RM10- RM 30 sahaja. kat market pun banyak, contoh di pasara raya UNACO, GIANT sehinggalah di butik persendirian.. *dimana ada kemahuan membeli, disitu ada inner

ok fellas, itu saja untuk kali. untuk kerojakan bahasa dalam entry ni, ai susun sepuluh jari mohon ampun. biyannne!

wassalam, xoxo *tunduk hormat*

:: 10 kesilapan kerap wanita tentang aurat ::

[kredit]


Assalamualaikum fellas !

Ini tazkirah, mari ai kongsikan dengan korang. Untuk menerima atau tidak, itu terpulang dengan hati masing-masing. Ai buat apa yang ai termampu. Mungkin ini dakwah terkecil yang mampu ai buat. Anyway, sumber initipati tazkirah ini ai kreditkan kepada penulis Zaid Akhtar dalam terbitan berjudul Kumpulan Cerpen Bayu Dingin Mediterraean, halaman 74.

Buku ni ai beli guna baucer buku yang ai dapat, so bermanfaat tak? Disebabkan ai ni ulat buku *tak payah nak sengih, ai tau ai budak skema jadi masa cuti semester inilah ai nak abdikan diri dengan membaca buku-buku yang ai dah beli sepanjang semester. Eheh.

Enough dengan crita ai, meh ai kongsi ngan korang apa isi pertama yang ai rasa ai wajib share!

10 kesilapan kerap wanita tentang aurat


1. Aurat itu dalah memakai tudung semata-mata

2. Bertudung tetapi berbaju 'T-Shirt' lengan pendek atau paras siku

3. Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kain

4. Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah menggoda

5. bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

6. bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja.tidak di sekitar rumah, pasar raya dan sebagainya.

7. bertudung tetapi tudungnya dilempat ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya daripada ditutupi kain tudung.

8. bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis, sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan sebagainya.

9. bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

10. bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. sama ada menyanyi mahupun bernasyid. tiada dakwah yang sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya dan kita tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. suaranya yang emrdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

inilah intipati yang ai dah kutip dan nak sampaikan kat korang. bagi yang baru nak berhijrah dan korang tak mampu nak beli baju muslimah sebab mahal, don worry, boleh guna 'inner' *rupanya serupa baju lengan panjang cuma ia hanya sesuai digunakan sebagai 'inner' material: kain cotton yang menyerap peluh*. guna inner kat dalam dan baju lengan pendek kat luar. nak tahu banyak tentang inner, boleh klik sini

selain tu, bagi yang nak berfesyen dalam bertudung, don't worry too, ada banyak style tudung yang korang boleh ikut, cuma ingat, tuudng bukan pengganti rambut tapi adalah pelindung rambut. so kalau nak jadi fashionista pun, biarlah berpada-pada

isu aurat ni, korang nak bangkang macam mana sekalipun tak guna sebab dah ditetapkan dalam Al-Quran:

"Wahai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak -anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
Surah Al-Ahzab : 59

"Wahai anak Adam, sesunggunya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itu adalah yang paling baik. yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat."
Surah Al- Aaaraf :26

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka,atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."
Surah An-Nur : 31

renungkan-renungkan dan selamat termenung fellas!

sebarang kesilapan dan kerojakan bahasa, ai susun sepuluh jari mohon maaf. biyaane!

p/s: kepada yang sudah bertudung dengan sempurna, samalah-samalah kita berdoa supaya kita istiqamah selalu. walaupun kita bertudung hari ini, tak semestinya kita boleh sambil lewa dan yakin kita akan kekal begitu selamanya, maka marilah memohon agar kekuatan istiqamah itu daripada Allah. amin.

wassalam... xoxo *tunduk hormat*


Saturday, 25 May 2013

:: Quote:: CANTIK:: Part 1

Assalamulaikum fellas !

ai nak share a thought about being pretty, beauty, gorgeous, scrumptious, hot, cool, pure, innocent & etc. 
Here is the quote, ai dapat dari kawan ai, a dude, tapi dia pun quote dari orang jugak, so ai tak tahu nak bagi kredit kat sapa, as long as you guys know this quote is not originally from me sudah la kot.. eheh.

[kredit]

"Cantik bukan pada rupa, cantik sangat abstrak. macam mana hendak katakan lukisan paling cantik sedangkan beribu lagi lukisan yang tidak dinilai. boleh jadi yang lainnya adalah lebih cantik. boleh jadi yang hodoh itu cantik bagi kamu dan sebaliknya. oleh itu, carilah sesuatu yang boleh dinilai, yang amat meyakinkan. hidup ini bukan tangkap muat, fikir dulu saiz apa nak pakai. menyusahkan diri sendiri menyesal tak sudah, menyusahkan orang lain lagilah parah."

okeyh, ai punya feeling masa baca quote ni sangat terfikir-fikir, kagum, dan tersenyum gembira, kenapa?? this quote is specially referred to us, GIRL and it comes from our opposite gender, from a GUY. you know what's that mean? maksudnya depa tak kesah pun pasal kecantikan fizikal yang hampir semua perempuan dok kejar hari ni. 

bukan tak boleh nak bercantik-cantik, tapi kalau dah terlampau sampai tabarruj atau mengubah kurniaan Tuhan semata-mata nak cantik tu memang dah tak patut la kan...

mengubah ciptaan atau kurniaan Tuhan? ini termasuklah dye rambut, botox. sedut lemak, plastic surgery dan etc. eh, kalau diat tu ai kira tak la sebab memang bagus untuk kesihatan. hari ni memang selalu dengar yang plastic surgery's everywhere! kalau kat satu negara tu *tak perlu mention pun orang dah tau negara mana hampir semua orang buat plastic surgery walaupun sedikit. betulkan position hidung ke, besarkan mulut ke, betulkan dagu ke, bla bla bla

bagi ai, plastic surgery ini boleh dilakukan. YES! boleh dilakukan hanya sekiranya korang pernah kena accident terus sampai ada anggota korang yang hancur terbakar dan bila orang tengok pun boleh menyebabkan mual, pengsan, sakit, dan alahan terlampau. dengan itu, korang memang perlu a.k.a wajib buat plastic surgery just to betulkan mana yang patut sahaja. *lebih-lebih tak boleh ya

end of discussion, ai nak convey kat korang yang kecantikan itu sebenarnya abstrak *eh, macam ulang ayat kat atas je dan kecantikan fizikal itu akan luput di mamah usia *ada expired date kot jadi simpanlah dalam kepala otak, hati dan nurani bahawa kecantikan dalaman itu lebih kekal abadi dan dikenang-kenang orang sepanjang hayat. 

bak kata orang putih, 
" Beauty is in the eye of the beholder"

renung-renungkan dan selamat termenung. 

maafkan ai atas kerojakan bahasa yang terlampau dan kata-kata kesat *sekiranya ada digunakan di atas. biyannne! 

wassalam fellas, xoxo *tunduk hormat*

Friday, 24 May 2013

:: AF (Akademi Fantasia) Kembali Lagi ! ::



Assalammualaikum fellas !

Hey, mesti korang dah dengar cerita yang Akademi Fantasia kembali lagi. Hmm.. agaknya ai antara yang terakhir sekali dapat tau kot… btw, who cares!

Akademi Fantasia 2013 akan membawa satu dimensi baru, logo pun dah guna logo baru. Dengan cerita, penyertaan pula boleh secara individu dan duet…agaknya macam tu ya?

[kredit]


Ai bukan spesis manusia yang tengok tv 24/7 lebih-lebih lagi kalau rancangan realiti. Tambah lagi, rumah ai tak melanggan astro *syukurlah

ok.fine. stop with all this meleter. Sebenarnya ai tak membantah dan tak juga menyokong seratus peratus rancangan reality di negara kita ni. Dari sisi putihnya, kewujudan rancangan reality ini memberi peluang, jalan pintas, dan membuka laluan kepada orang-orang biasa untuk menyerlahkan bakat dan potensi diri mereka. *ecewah, dah macam cegu-cegu pulak ai ni berceramah ya

rancangan reality ni juga secara tak langsung memberi ruang kepada orang –orang biasa untuk mencari rezeki, mengubah status hidup dan tambah duit untuk sara keluarga. Banyak dah contoh yang ada kita boleh sekarang. Syukurlah

tapi dari satu sudut yang lain, secara jujurnya, ai melihat kebaikan yang dibawa tak mampu melebihi keburukannya juga. But hey, we can change it

ai tak menjurus hanya kepada rancangan reality di atas sahaja, ai bercakap secara umum. Kebanyakan rancangan reality di negara Islam kita tak mempamerkan imej negara yang sebenar. Adakah imej yang sedia ini kita nak tunjukkan kepada negara luar? Ya, sememangnya kita adalah negara berbilang etnik, negara majmuk, itu ai tak nafikan dan ai tegaskan di sini, ai takracist. *as you see me, ai darah campur cina+malay so ai tak berat kepada mana-mana kaum etnik

back to the topic sentence, rancangan reality kita tak seiring dengan imej negara sebagai negara Islam, why? Cer tengok kat tv tu, retis-retis semua pakai baju yang ‘sangat’ cukup kain, ‘sangat’ longgar dan ‘sangat’ tidak tabarruj. *oh my, there are too many ‘sangat’ contoh lain korang boleh fikir sendiri

tak masuk lagi dengan pergaulan yang digalakkan sama ada di hostel mereka ataupun di atas pentas. Skinship, love-dovey relationship semua sheep-sheep yang kononnya akan menimbulkan kontroversi padahal itulah yang dicari media untuk tambah harta dalam lombong. *oh, my, terlebih disitu ya.ehek so ai nak korang reflect lagi, inikah imej yang kita nak bawa?

So, macam mana pulak rancangan reality yang tak membazir, tak tabarruj, tak melampau, tak ada sheep-sheep semua tu? Ok, gini. ai lebih suka kalau kita wujudkan rancangan reality yang bersifat educational, contohnya, rancangan mencari motivator, pengacara berkaliber dan etc. *anyway, sekarang ni semua orang dah boleh jadi retis, hantar video kat utube pun dah popular kot so why don’t we try to come out with a different one? Sudah-sudahlah menjadi mesin fotokopi dunia luar ya. eheha

Dan ai lebih suka kalau diwujudkan boundary di alam media untuk retis muslim dan non-muslim. Ai bukan nak wujudkan assabiah ke hape kan, cuma nak bagi kefahaman di sini, cara hiburan kita sama. Cer wujudkan satu akademi yang khas untuk retis muslim, contohnya, akademi qasidah ke akademi nasyid ke, kalau nak campurkan jugak, set a limit yang muslimah tak boleh join rancangan reality yang menari dan bergelek semua tu. *sedia dalam otak yang kita tak nak kembali ke zaman jahiliah ya

Contoh sedia ada, rancangan imam muda but then ustazah pilihan tu ai tak berapa nak sokong sangat la. Maaf, mungkin ai dianggap kolot dan tak buka minda, but ai dah set dalam kepala ai yang seorang muslimah tak patut terlalu menonjol di pentas hiburan. Kalau nak juga tu, boleh, tapi berpada-padalah. So called, ai pun ada juga retis muslimah yang minat macam kak wardina dan mbak oki setiana dewi ^------^

Imam Muda [kredit]


Ok fellas, that’s all from me, ai leter banyak-banyak pun kalau korang tak boleh terima, ai peduli hape kannnn. Sepuluh jari ku susun dan ku pohon andai pendapat ai tak seangkatan ngan korang ya. ai pun masih kecik lagi dalam meneliti kehidupan dunia ni. *I said, “nobody’s perfect dear!” bling bling eyes

Wassalam fellas. Xoxo tunduk hormat ;)


Tuesday, 14 May 2013

:: 10 Things What Make Me Happy Today ::


Assalammualaikum fellas !

10 Things What Make Me Happy Today

  1. Alhamdulillah, I’m still breathing up to the moment I’m writing this post *kalau dah meninggal, memang seram la korang nak baca entry ni kan? Eheh
  2. Doa ibu membawa ketenangan dan berkat. InshaAllah. Queen Mak telah, sedang dan sentiasa mendoakan kejayaan untuk anak-anaknya. Ecewahhh
  3. Hari ni aku cukup makan. Perut rasa gembira ~~~
  4. Ehem, toleh kiri kanan, rupanya ada yang membahagiakan berada di kawasan  berdekatan. Weehaaaa
  5. Pocket money cukup? Sebenarnya takda lah cukup mana, tapi aku percaya kalau minta Allah untuk cukupkan rezeki, maka Allah akan makbulkan *heppiii lagi
  6. Sesungut *baca sebagai PMS  tak melanda pada bulan ni. Mestilah aku gembira sebab sekarang ni bulan kritikal.
  7. Bakal bercuti dalam keadaan kerja yang melambak tapi tetap membahagiakan sebab kalau kerja-kerja tu menjadi, ada fulus masuk *InshaAllah
  8. Okeyh, yang ni ada panjang sikit, dua tiga hari ni aku kerap kali bermimpi yang aneh-aneh. But still membahagiakan… harapnya itu alamat yang baik
  9. Alhamdulillah, dikurniakan geng kepala batu yang sekeras iceberg, mereka sudi membantu aku dalam study *so heppiii lagiii
  10. Alhamdulillah, setakat hari ini, aku puas dengan perjalanan hidup aku. Setiap yang terjadi ada hikmahnya, hanya jika engkau merenungi….
Meh sini ai kongsikan quote yang buat aku jatuh chenta hari ni.
[kredit]


Wassalam fellas !


Friday, 10 May 2013

saudara baru :: part 1 ::


Assalammualaikum fellas …

Ai nak crita apa kat entry ni? Dear my fellas, this is a huge story, one of my dearly babes now has reverted to Islam. Alhamdulillah. MashaAllah, ai was studying for le coming examinato in our surau when they were approaching me to salam *salam to each other when we entering the musolla is our routine here. At first when ai saw her wearing tudung and entering the surau, ai was like “hmm, maybe she wanna know how it’s like to be a muslim coz  as far ai know, this babe *starting here ai will call her muslimah is really curious about our Islam and ai know she’s doing a little kajian here and there about other religion too.

Chatting punya chatting about study till then one of them *my usrah mate give me a hint about her, oh my oh my, ai was like “REALLYYY???” then terus ai peluk cium dia dan empangan air batang lupar pun pecah berderai. The terharu moment and speechless moment masa tu memang tak boleh nak cerita. TERHARU gila kau jahh…. Eheh

Then after the drama drama drama scene, ai pun soal selidik about the hidayah that Allah gives to her. And thanks to le baby for sharing her experience to me.

Ai remember when she said this, “ai always wondering this, if there is only ONE GOD, why is there so many religions?” so she keep asking herself and start her journey mencari hidayah. Alhamdulillah, Allah pilih dia untuk terima hidayahnya.  

Lepas tu kita orang sibuk searching nama baru untuk dia, and my favourite one is Dzihni Hana bermaksud Dzihni – pengertianku/pemahamanku dan Hana-kebahagiaan. But then now tak pasti lagi dia pilih nama apa sebab banyak sangat choices. No worries dear, asalkan nama tu membawa maksud yang baik.

Dan tiba-tiba teringat ayat ni:
[kredit]

“nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan…?”
(Fabiayyi' ala irobbikuma tukadziban)

Sepanjang hari ni, ai asyik teringatkan ayat ni, dalam surah ar-rahman, ayat ni diulang sebanyak 31 kali.

Fellas, let’s reflect ourselves today,

 am ai really a grateful servant?
Am ai fulfilling His right as my creator?

Kalau muslimah tadi Allah berikan hidayah tu kita nampak nikmatnya, kenapa nikmat Islam sejak lahir yang Allah beri tu kita tak nampak? Kuliah subuh by le ustaz pagi tadi juga sangat menyentuh hati ai, pengisiannya hanyar berkisar tentang bersyukur *common thing yang orang selalu sebut but then ai tiba-tiba terfikir, betul ka ai ni supa dupa really bersyukur?? *hantuk kepala kat cermin

Dan satu lagi pesan le ustaz ialah doa untuk sahabat, helloooo, sahabat pun kita kena bersyukur ya fellas, selain keluarga, sahabat adalah golongan kedua malah bagi sesetengah orang, sahabat adalah golongan pertama yang mereka cari untuk curhat di masa kering dan basah *read as susah dan senang

So fellas, bukak buku catatan harian anda dan tulis sebanyak mana kita berdoa untuk le sahabat yang kita duk curhat setiap hari tu? Sebanyak kita bersyukur dikurniakan sahabat di sisi? Dan sebanyak mana kita sanggup berkorban untuk le sabahat sekalian alam?

Here is the story yang le ustaz share pagi tadi, so ai buat searching sikit untuk tahu lebih lanjut:

Kisah Rela Berkorban untuk Saudara Seiman

Setelah perang selesai dan dimenangkan oleh pasukan kaum muslimin, di medan Yarmuk tergeletak beberapa pejuang Islam, sahabat Rasulullah saw dengan badan penuh luka. Mereka adalah Ikrimah bin Abi Jahal, disekujur tubuhnya tidak kurang ada 70 luka, Al Harits bin Hisyam (paman Ikrimah) dan Ayyasy bin Abi Rabi’ah, dalam riwayat lain Suhail bin ‘Amru.

Saat ketiganya sedang letih, lemah, dan kehausan serta dalam keadaan kritis, datanglah seorang yang mau memberikan air kepada salah seorang diantara mereka yang sedang kepayahan.

Ketika air akan diberikan kepada Al Harits dan hendak diminumnya, dia melihat Ikrimah yang sedang kehausan dan sangat membutuhkan, maka dia berkata, “Bawa air ini kepadanya !”.

Air beralih ke Ikrimah putra Abu Jahal, ketika dia hendak meneguknya, dilihatnya Ayyasy menatapnya dengan pandangan ingin minum, maka dia berkata, “Berikan ini kepadanya !”.

Air beralih lagi kepada Ayyasy, belum sempat air diminum, dia sudah keburu syahid. Maka orang yang membawa air bergegas kembali kepada kedua orang yang membutuhkan air minum, akan tetapi ketika ditemui keduanya juga sudah syahid.

Dalam riwayat yang lain pula ditambahkan: “Sebenarnya Ikrimah bermaksud untuk meminum air tersebut, akan tetapi pada waktu ia akan meminumnya, ia melihat ke arah Suhail dan Suhail pun melihat ke arahnya pula, maka Ikrimah berkata: “Berikanlah saja air minum ini kepadanya, barangkali ia lebih memerlukannya daripadaku.” Suhail pula melihat kepada Haris, begitu juga Haris melihat kepadanya. Akhirnya Suhail berkata: “Berikanlah air minum ini kepada siapa saja, barangkali sahabat-sahabatku itu lebih memerlukannya daripadaku.” Begitulah keadaan mereka, sehingga air tersebut tidak seorangpun di antara mereka yang dapat meminumnya, sehingga mati syahid semuanya. Semoga Allah melimpahkan kurnia dan rahmat-Nya kepada mereka bertiga.

So fellas , kalau ada yang masih dok fikir dalam kelambu, tu bukalah mata. Hari dah siang, simbah hati dengan cahaya iman pagi. HEI!

Dengan ini ai nak berhenti celoteh ai yang ntah apa-apa dan diharapkan bahasa rojak terlampau ini dimaafkan. Wassalam.