Friday, 4 October 2013

.: smiled to me :.

Assalam fellas !

auwah, ai tau blog ni dah berhabuk, dah semak ngan debu hama yang dah lama tak bercuci. *berhenti merapu*
but yeah, it has been such a long time right fellas?
ai has been stop posting since my last post, *tertonggeng* isn't it right?
so this time ai will continue the al-kesah about dato'. *fine, siapa dah mula rasa bosan sila blah sekarang*

terima kasih kepada yang masih sanggup membaca. 
sejak bermula lepas cuti raya hari tu, dato' and ai dah makin rapat, *before ni rapat jugak tapi kali lagi rapat*
dia selalu share stories tentang so-called awek dia tu, and ai kongsi sikit tips nak pikat hati perempuan, then we share our hobbies, thoughts, drama film etc. 

maybe ai have been mentioned before that this dato's type is kind of dull, awkward, very silent and up to everything he is kind of very shy to the other girl, but now, he's changed. 

personally ai tak suka perubahan mendadak yang berlaku kat dia, dalam otak ai asyik dok pikiaq, 

"dia ni culture-shock ke?"

tapi takkan la dah 3tahun setengah masuk kampus baru nak kena culture-shock kot.

there is a time when ai can feels that how concern he is to me but at that very moment ai keeps reminding to myself yang dia hanya nak practice for his so-called awek.

and now, ai mula treat him like a stranger, sometimes being quiet harsh to me but that is for my own good. ai should not treat him nicely, he should not do the same for me too. 
ai have once told him this,

"one day, if you do fall onto another girl, choose her because if you do love the present one with your full heart, you will never fall onto the other one."

and ai hope he keeps to his promises that he said,
"sure, but i know i will never betrayed her (his so-called awek)"
ai nodded at him and gives thumbs up. 

mybe this is how Him wants to showed me that dato' is not the one for me. ai have given my faith onto Him so lets Him decide what is best for me. 
as for now, maybe ai will just focus on everything that ai do, protect my own feelings as best as ai can, an stay happy. that's the least ai can do for myself.

and for him, ai will stay as his friend as long as how it will takes. time decide everything for us.

again,ai can feels how dull this entry could be to you, biyanne but that is as far as ai can utter most. 


xoxo*tunduk hormat*

Friday, 6 September 2013

.: tertonggeng :.

gambaq hiasan ja nih

Assalam fellas !

Aiwah, ai tau ai lama dah tak update *lamalah sangat* hihi -fullstop
meh dekat sikit ai nak kongsi cerita.

one day sebelum cuti raya hari tu dato' ada cerita kat ai pasal sorang muslimah yang dia dok berkenan sebelum ni -gulp *telan liur sendiri*

dato': hari tu aku ada tanya dia, satu hari nanti kalau dia nak kahwin, jangan lupa jemput aku
ai: (tengok muka dato' dengan muka tak berminat) -kononnnn
dato': lepas tu dia jawab, "kalau 'orang tu' kau, nak kena jemput jugak ke?"
ai: hmm... tu dah kira macam dia berpantun nak kau masuk minang kot.
dato': (geleng kepala dengan senyum lebaq) tak weh, aku takkan nikah selagi tak habis belajar
ai: hmm... don't worry la, kalau dah jodoh tak ke mana *oh! ini peringatan untuk diriku sendiri jugak*

FINE! that's the end of the story. korang pun rasanya dah faham kot apa ai rasa sekarang ni. guess what? dia tak boleh nak lupakan yang dulu tu lagi, but then ai'm glad to myself when he chose me to share the happy moments with. ai can feels the appreciation there. at least, we're still friends.

as ai have said, 'kalau dah jodoh tak ke mana' so ai am giving my faith in Allah. ai faham perasaan nak melupakan orang yang lama tu sangat susah, even ai sendiri takes 7 years untuk lupakan enche hati yang dahulu. 

so to dato' and fellas outside there, tok sah nak kalut sangat la, kalau dah jodoh tak ke mana. 

wassalam fellas.

p/s: ai akui entry kali ni agak dull. let's pray the best for everyone. xoxo *tunduk hormat*

Saturday, 3 August 2013

.: Lost Track :.

Assalam fellas !
[gambar hiasan]

LOST!

rancangan nak keluar berbuka sahaja, then you lost track, ter-shopping sakan pulak dengan le babes.
rancangan nak setia sehidup semati, then you lost track, you ter-jatuh hati ngan orang lain. (okeyh, guys, ni pengaruh drama k)
rancangan nak beli barang groceries sahaja, then you lost track, ter-beli barang yang tak perlu pulak.

LOST track. ai think it's a common thing bila apa yang fellas dah siap plan cantik-cantik macam rumah banglo tapi siap macam rumah teres pulak kan? *merapu lah* 
tapi macam tu lah. ai pun selalu sangat macam ni. 

hari tu plan cantik nak outing berbuka ngan the gangz kat mall, tapi ntah macam pulak boleh terlencong ter-shopping sekali. shopping raya-lah katakan...

ceritanya... 

ai keluar guna kereta dato'. before keluar tu memang ai dah siap-siap kasi tapau makanan berbuka untuk dia. *kenyangkan perut dia dulu*
lepas tu ai keluar dengan plan nak balik lepas berbuka. 
alkesahnya, lepas berbuka, *seperti tersebut di atas, ai ter-lencong ke shopping mall pulak*
so before that ai did text dato', 
"dato', kita orang balik lambat sikit boleh? nanti ai hantar kereta you."
so masa ai text dato' tu, for sure lah dia tak reply sebab masa tu dia tengah terawih kot 
so after terawih, aktiviti shopping kita orang masih berlangsung *tak balik lagi*
dan ai tak sedar pulak text dato' masuk kat inbox ai, 
"tak boleh."

so bila ai hantar kereta tu, dato' tunggu dengan muka toya sambil bertanya, 
"awal balik?" *okeyh, guys, ini sindiran!* - sah, masa ni air mata dah bertakung kot, drama betul !
ai jawab, 
"sori dato'. ter-shopping, tak sedar pulak."

fellas nak tau satu benda?
kelebihan dato' ialah dia, kalau marah, dia tak tengking, jerit-jerit macam orang lain tau tak
dia senyum , tapi ayat dia tu.... hailaaaaa. *sentap sungguh* - dia tau ja macam mana nak psiko ai

perasaan masa tu? hailaaa... serius weh, rasa nak nanges kaw-kaw *dato' pulak boleh buat selamba ja*
okeyh, dah sampai situ ja. ai minta maaf then balik kolej ai.
ending. 

moral of the story is? 
bila dah janji nak keluar tak lama tu, jangan la keluar lama sangat. tepati janji. tak la kena marah dengan dato' dan whatsoever. bila dah plan tu, buat la ikut perancangan, jangan suka-suka nak ubah plan. berterabur semua plan. oh my...maaf la dato'.  *ai am a sanguine person*

that's all for now fellas.
wassalam... xoxo *tunduk hormat*

Saturday, 27 July 2013

:: 10 Things What Make Me Happy Today ::

Assalam fellas!
[kredit]


meh sini nak cerita sikit pasai pa ai happy terlampau hari ini...

1. ai masih bernyawa, Alhamdulillah

2. ai dah sempat lagi nak sahur pagi tadi, siap terjah KFC kot.

3. ai dapat text from dato' pagi, so teringat ngan our private conversation then sengeh sorang-sorang *gila*

4. dapat lagi text from adik dan buat ai senyum lagi

5. dapat lagi text from puan mama dan buat kesekian kalinya, sengeh lagi *asyik tersengeh pulak ya*

6. ai berjaya sental selimut ai yang tebal dan besar bagak tu... *fuhh*

7. ai konon berjaya nak buat 'homework' ai tapi akhirnya dapat tahu yang ai salah teknik, hancur kerja ai, but then ai realize ai have learn something new.

8. ai kongsi cerita ngan adik lagi dan ai rasa ni best part sebab we have many things in commons

9. so-called-concerned ai dapat dari dato' pasal makanan untuk sahur... *tak selalu kot dia macam ni*

10. ai rasa hari ni ai produktif sikit, walaupun tak produktif mana, but hey! ai have try my best. so do you?

enough for that 10 things that make me happy... banyak lagi kot, tapi cukupla setakat ni. suffocating pulak korang nak baca nanti... 

moral of the entry, everyday is the best day for you, only of you appreciate it.

"jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam, dan jadikanlah hari esok lebih baik dari hari ini."

each and every of you make a day to someone near you, so have gratitude!

here is a quote that ai love for today :

"don't depend too much on anyone in this world because even your own shadow leaves you when you are in darkness."
-ibn taymiyyah-

wassalam, xoxo *tunduk hormat*

Monday, 15 July 2013

.: say the sorry :.

Assalammualaikum fellas !

[kredit]

my early entry have told you guys about how kerepek ai am together with my bad moodswing  yang endingnya ai lepaskan kat dato' kan. so today ai dah bertawakal hati pi jumpa dato' dan minta maaf. *berani tanggung berani jawab*

so at first ai buat macam biasa ja kat dia *macam tak da papa jadi* we are having a talk, a discussion about our presentation, he did mention yang dia tak dapat reply sebab takda kredit *eh? boleh pulak macam tu ya* dan ai pun counter back "kenapa tak pm fb kot?" *paling simple* then dato' just sengeh-sengeh *tayang gigi colgate dia tu*

masa kita orang dah mula buat kerja memasing tu, balik tempat duduk masing-masing. dato' start our conversation *kita orang duduk bersebelahan* :

dato': ko dah download ke movie tu? *referring tu last episode of Sebenarnya Saya Isteri Dia* aku minat gila drama ni weh
ai : (geleng kepala)
dato' : (sengeh-sengeh) kenapa? tak hidup lagi bb kau tu?
ai: (tengok muka dato' dan geleng lagi)
dato': (sengeh lagi sambil urut janggut ciput)
ai: ko dah download kan ke?
dato' : (geleng kepala dan sengeh lagi) *eh? banyak sengeh pulak budak ni kan*
ai: hmm... xpala, tunggu bb aku hidup nanti aku download sendiri je la. ada hamba Allah ni kata nak tolong downloadkan, tapi janji tinggal janji... konon hari tu cakap "ala.... takat satu episod je, berapa MB je kot.. 100. + MB je, x lama mana pun nak download" tapi sampai sekarang habuk pun tadakkk *hari tu memang dato' ada janji kat ai nak tolong download*
dato': (sengeh-sengeh sambil buat kerja sendiri)

our conversation stop at this point dan memasing buat kerja sendiri.

a few minutes later, masa tu ai dah sibuk jalan sana-sini dalam bilik kuliah tu konon nak isi masa lapang sebab tak ada lecturer kan, sampai waktu ai duduk tempat ai semula tu, dato' bagi thumbdrive dia yang dah xda body *rabak dah body thumbdrive budak ni*.... 

ai: (blur lagi) nak bagi apa nih? *suara garang*
dato': (muka serius) ada movie best dalam ni, ko ambik la
ai: (muka berkerut) cerita apa?
dato': (buat muka kayu)
ai: ko dah download kan ke???? episod last tu??? betul nih?? *mata berbintang-bintang*
dato': (angguk kepala dan terus buat kerja sendiri)

mak aihh.. rupanya sejak semalam lagi dia dah download siap-siap.

ARIGATO DATO' !!!

ai: mesti ko dah siap kutuk cakap ending dia buruk kan? *sebelum ni memang dia suka kutuk mana-mana episod SSID ni*
dato': aku tak tengok pun... aku cuma tengok part last tu 'TAMAT'. haa, aku tengok part tu je dah tau dah crta ni buruk. 
ai: (buat muka toya) malas la nak layan ko.

then, kita orang buat kerja memasing lagi sampai la ai teringat kat kesalahan yang masih belum berbayar lagi.

ai: dato', sebenarnya...
dato': (terus buat kerja tak toleh langsung) *down giler masa ni weh*
ai: dato' sebenarnya kan... sebenarnya aku ada termarah kat ko semalam pasal tak reply text kita orang. jadi... (then ai explain what happeng sambil dato' dengar dan buat muka toya). jadi, aku nak mintak maaf lah kat ko ni. (terus tengok muka dato', tanpa dia bagi respon) *toleh sikit pun tak kot* sengal.

after a few seconds, dato' angguk kepala. konon tengah tengok white board yang putih suci, entah terbayang apa ntah.

walawehhh... rasa lepas terus beban kat kepala bila kesalahan dah dimaafkan tu... then dato say this, "sepatutnya, kau buat selalu macam ni, boleh aku dapat pahala free." *eh? ni nasihat ke sindiran ke permintaan ke?*

maaflah dato, ai was having my PMS for these several days jadi memang sahlah moodswing melanda macam topan kan. nasib you lah dapat duduk sebelah budak sengal nih. 

anyway guys, moral og the story is berani buat salah, berani tanggung dan berani jawablah. itu baru namanya tanngungjawab. *berani tanngung berani jawab*

wassalam fellas. xoxo *tunduk hormat*

p/s: next time korang jangan jadi macam ai ngan dato'. sengal bebeno.

Sunday, 14 July 2013

.: dah buat salah :.

Assalammualaikum fellas !
[kredit]


huaaaaa... moodswing tak berapa nak baik hari ni. entah kenapa pulak ai jadi tak betol, semua kerja tak menjadi sangat dan terutama bila teringat ngan kerja si dato' ni buat ai rasa nak pitam dan kadang-kadang rasa nak sekeh-sekeh je budak tu. *apa pulak ai merepek ke laut ni kan*

alkisah maka tersebutlah dalam riwayat, 

esok ada presentation dan ai kali ni grouping ngan dato'. kita orang ada 4 in the group dan setiap seorang ada tugasan memasing. 3 orang buat slide dan seorang lagi buat editing. alkesahnya hari ini kena editing dan miss editing tanya ai mana si dato' tak hantar lagi slide dia nih?? kawan yang sorang lagi pun tanya hal yang sama juga padahal yang lain semua dah hantar dah... so ai text dato' untuk tanya pasal slide dia tu kan, habes-habes pulak budak ni tak reply text semua kita orang. *ko xda kredit ka dato'?*

seperti tersebut di atas, moodswing ai tak berapa nak bagus hari nih kan, *PMS kot* jadi ai text lagi dan lagi untuk tanya pasal kerja dato' until at one point, miss J tanya ai,

 "kenapa you tak percaya kerja dato' kali ni? sebelum-sebelum ni dia buat kerja okeyh je kan walaupun memang selalu hantar lambat." 

*zassss* Sentap kot bila mate ai tanya macam tu. terus ai buat refleksi seminit dua. 

ya. memang sebelum ni ai trust dato' punya kerja dan ai tahu kerja dia memang ok. 
ya. memang sebelum ni ai tahu dato' akan buat kerja dia bila dia kata dia akan buat.
ya. memang sebelum ni ai juga tahu yang dato' selalu hantar kerja lambat. 

mashaAllah, apa ai buat nih? takkan sebab satu faktor lain *bukan salah dato' * terus ai judge dia macam tu sekali padahal sebelum ni ai tahu kerja dia okeyh je kan. teruk nya kau hanaaaa !!! *facepalmsendiri*

"cik hana sayang, esok jangan lupa minta maaf ya."

huhu. akan kutabahkan hati, tebalkan muka dan butakan mata menghadap dato' esok hari untuk minta maaf. asif jiddan dato'!

anyway fellas, moral of the story is jangan mudah melenting tak tentu pasal macam ai. sengal tau orang sekeliling tengok you menyinga macam ni. 

wassalam. xoxo *tunduk hormat* 


Thursday, 11 July 2013

.: cerita dato' :.

Assalammualaikum, fellas !

[kredit]


WONDERFUL

that's the only word ai can utter to describe my feeling for today. *hokeyh, sedikit mengada-ngada di situ*
sebenarnya hari ni ai dan dato' ada gaduh sikit dan disebabkan my temper coz having a PMS, terus ai diam by the time dia buat hal. *gila teruk mood swing kau hana, padahal gadus pasal benda kecik je pun*

but then, tak lama lepas tu kita orang baik la semula. bukan senang nak tengok kita orang selalu baik-baik ni kan....

dia ni jenis yang 'kayu' tau. kalau orang buat lawak ke hape, dia buat 'tak wujud' je lawak ko tu. so baik tak payah sibuk-sibuk nak buat lawak lah ye.... tapi kalau dia buat lawak, memang 'kayu' lah kau kalau tak gelak. *sebab memang lucu kot* ehehe

lagi satu ai salute kat dato' ni, kalau ada yang dia tak berkenan tu, memang dia bagitahu je dengan bergaya 'santai' yang dia tak suka. *slap in my face* terus ai terdiam sebab terasa. sebab ai juga yang selalu kena tegur dengan dia ni. eheh

dia ingatkan ai kat my big boss kat rumah tu, "kalau nak bercakap, pikiaq betul-betul." supaya nanti tak menyesal. *dalam maksud nih*

so here is one more story la...

ai noticed someone had fallen into dato' so this lately, and ai terserempak la dengan moment si dia ni nak so-called approach ed dato' kot. but then dato' macam biasa, buat 'tak wujud' cik kak molek kita tu. *serius part ni ai rasa bercampur-baur masa tu* nak gelak ada, kesian pun ada gak.

well, kadang-kadang ai pun pernah juga dia buat 'tak wujud' lebih-lebih lagi bila ai buat hal yang memang ai tak patut buat pon. *salah sendiri lah kan* 

anyway, glad that ai have him as le dato'. *uhuk-uhuk*
banyak yang dia ajar ai sejak tiga tahun setengah ni walaupun macam tak nampak ape pon. 

hokeyh... penat dah nak bebel sementara menunggu berbuka ni *macam la ai puasa sangat kan*,  anyway, selamat berbuka fellas.

p/s: asif yaw! ini entry 'curhat' so, no susun sepuluh  jari sebab ni ai punya suka la...

wassalam... xoxo *tunduk hormat*