Saturday, 27 July 2013

:: 10 Things What Make Me Happy Today ::

Assalam fellas!
[kredit]


meh sini nak cerita sikit pasai pa ai happy terlampau hari ini...

1. ai masih bernyawa, Alhamdulillah

2. ai dah sempat lagi nak sahur pagi tadi, siap terjah KFC kot.

3. ai dapat text from dato' pagi, so teringat ngan our private conversation then sengeh sorang-sorang *gila*

4. dapat lagi text from adik dan buat ai senyum lagi

5. dapat lagi text from puan mama dan buat kesekian kalinya, sengeh lagi *asyik tersengeh pulak ya*

6. ai berjaya sental selimut ai yang tebal dan besar bagak tu... *fuhh*

7. ai konon berjaya nak buat 'homework' ai tapi akhirnya dapat tahu yang ai salah teknik, hancur kerja ai, but then ai realize ai have learn something new.

8. ai kongsi cerita ngan adik lagi dan ai rasa ni best part sebab we have many things in commons

9. so-called-concerned ai dapat dari dato' pasal makanan untuk sahur... *tak selalu kot dia macam ni*

10. ai rasa hari ni ai produktif sikit, walaupun tak produktif mana, but hey! ai have try my best. so do you?

enough for that 10 things that make me happy... banyak lagi kot, tapi cukupla setakat ni. suffocating pulak korang nak baca nanti... 

moral of the entry, everyday is the best day for you, only of you appreciate it.

"jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam, dan jadikanlah hari esok lebih baik dari hari ini."

each and every of you make a day to someone near you, so have gratitude!

here is a quote that ai love for today :

"don't depend too much on anyone in this world because even your own shadow leaves you when you are in darkness."
-ibn taymiyyah-

wassalam, xoxo *tunduk hormat*

Monday, 15 July 2013

.: say the sorry :.

Assalammualaikum fellas !

[kredit]

my early entry have told you guys about how kerepek ai am together with my bad moodswing  yang endingnya ai lepaskan kat dato' kan. so today ai dah bertawakal hati pi jumpa dato' dan minta maaf. *berani tanggung berani jawab*

so at first ai buat macam biasa ja kat dia *macam tak da papa jadi* we are having a talk, a discussion about our presentation, he did mention yang dia tak dapat reply sebab takda kredit *eh? boleh pulak macam tu ya* dan ai pun counter back "kenapa tak pm fb kot?" *paling simple* then dato' just sengeh-sengeh *tayang gigi colgate dia tu*

masa kita orang dah mula buat kerja memasing tu, balik tempat duduk masing-masing. dato' start our conversation *kita orang duduk bersebelahan* :

dato': ko dah download ke movie tu? *referring tu last episode of Sebenarnya Saya Isteri Dia* aku minat gila drama ni weh
ai : (geleng kepala)
dato' : (sengeh-sengeh) kenapa? tak hidup lagi bb kau tu?
ai: (tengok muka dato' dan geleng lagi)
dato': (sengeh lagi sambil urut janggut ciput)
ai: ko dah download kan ke?
dato' : (geleng kepala dan sengeh lagi) *eh? banyak sengeh pulak budak ni kan*
ai: hmm... xpala, tunggu bb aku hidup nanti aku download sendiri je la. ada hamba Allah ni kata nak tolong downloadkan, tapi janji tinggal janji... konon hari tu cakap "ala.... takat satu episod je, berapa MB je kot.. 100. + MB je, x lama mana pun nak download" tapi sampai sekarang habuk pun tadakkk *hari tu memang dato' ada janji kat ai nak tolong download*
dato': (sengeh-sengeh sambil buat kerja sendiri)

our conversation stop at this point dan memasing buat kerja sendiri.

a few minutes later, masa tu ai dah sibuk jalan sana-sini dalam bilik kuliah tu konon nak isi masa lapang sebab tak ada lecturer kan, sampai waktu ai duduk tempat ai semula tu, dato' bagi thumbdrive dia yang dah xda body *rabak dah body thumbdrive budak ni*.... 

ai: (blur lagi) nak bagi apa nih? *suara garang*
dato': (muka serius) ada movie best dalam ni, ko ambik la
ai: (muka berkerut) cerita apa?
dato': (buat muka kayu)
ai: ko dah download kan ke???? episod last tu??? betul nih?? *mata berbintang-bintang*
dato': (angguk kepala dan terus buat kerja sendiri)

mak aihh.. rupanya sejak semalam lagi dia dah download siap-siap.

ARIGATO DATO' !!!

ai: mesti ko dah siap kutuk cakap ending dia buruk kan? *sebelum ni memang dia suka kutuk mana-mana episod SSID ni*
dato': aku tak tengok pun... aku cuma tengok part last tu 'TAMAT'. haa, aku tengok part tu je dah tau dah crta ni buruk. 
ai: (buat muka toya) malas la nak layan ko.

then, kita orang buat kerja memasing lagi sampai la ai teringat kat kesalahan yang masih belum berbayar lagi.

ai: dato', sebenarnya...
dato': (terus buat kerja tak toleh langsung) *down giler masa ni weh*
ai: dato' sebenarnya kan... sebenarnya aku ada termarah kat ko semalam pasal tak reply text kita orang. jadi... (then ai explain what happeng sambil dato' dengar dan buat muka toya). jadi, aku nak mintak maaf lah kat ko ni. (terus tengok muka dato', tanpa dia bagi respon) *toleh sikit pun tak kot* sengal.

after a few seconds, dato' angguk kepala. konon tengah tengok white board yang putih suci, entah terbayang apa ntah.

walawehhh... rasa lepas terus beban kat kepala bila kesalahan dah dimaafkan tu... then dato say this, "sepatutnya, kau buat selalu macam ni, boleh aku dapat pahala free." *eh? ni nasihat ke sindiran ke permintaan ke?*

maaflah dato, ai was having my PMS for these several days jadi memang sahlah moodswing melanda macam topan kan. nasib you lah dapat duduk sebelah budak sengal nih. 

anyway guys, moral og the story is berani buat salah, berani tanggung dan berani jawablah. itu baru namanya tanngungjawab. *berani tanngung berani jawab*

wassalam fellas. xoxo *tunduk hormat*

p/s: next time korang jangan jadi macam ai ngan dato'. sengal bebeno.

Sunday, 14 July 2013

.: dah buat salah :.

Assalammualaikum fellas !
[kredit]


huaaaaa... moodswing tak berapa nak baik hari ni. entah kenapa pulak ai jadi tak betol, semua kerja tak menjadi sangat dan terutama bila teringat ngan kerja si dato' ni buat ai rasa nak pitam dan kadang-kadang rasa nak sekeh-sekeh je budak tu. *apa pulak ai merepek ke laut ni kan*

alkisah maka tersebutlah dalam riwayat, 

esok ada presentation dan ai kali ni grouping ngan dato'. kita orang ada 4 in the group dan setiap seorang ada tugasan memasing. 3 orang buat slide dan seorang lagi buat editing. alkesahnya hari ini kena editing dan miss editing tanya ai mana si dato' tak hantar lagi slide dia nih?? kawan yang sorang lagi pun tanya hal yang sama juga padahal yang lain semua dah hantar dah... so ai text dato' untuk tanya pasal slide dia tu kan, habes-habes pulak budak ni tak reply text semua kita orang. *ko xda kredit ka dato'?*

seperti tersebut di atas, moodswing ai tak berapa nak bagus hari nih kan, *PMS kot* jadi ai text lagi dan lagi untuk tanya pasal kerja dato' until at one point, miss J tanya ai,

 "kenapa you tak percaya kerja dato' kali ni? sebelum-sebelum ni dia buat kerja okeyh je kan walaupun memang selalu hantar lambat." 

*zassss* Sentap kot bila mate ai tanya macam tu. terus ai buat refleksi seminit dua. 

ya. memang sebelum ni ai trust dato' punya kerja dan ai tahu kerja dia memang ok. 
ya. memang sebelum ni ai tahu dato' akan buat kerja dia bila dia kata dia akan buat.
ya. memang sebelum ni ai juga tahu yang dato' selalu hantar kerja lambat. 

mashaAllah, apa ai buat nih? takkan sebab satu faktor lain *bukan salah dato' * terus ai judge dia macam tu sekali padahal sebelum ni ai tahu kerja dia okeyh je kan. teruk nya kau hanaaaa !!! *facepalmsendiri*

"cik hana sayang, esok jangan lupa minta maaf ya."

huhu. akan kutabahkan hati, tebalkan muka dan butakan mata menghadap dato' esok hari untuk minta maaf. asif jiddan dato'!

anyway fellas, moral of the story is jangan mudah melenting tak tentu pasal macam ai. sengal tau orang sekeliling tengok you menyinga macam ni. 

wassalam. xoxo *tunduk hormat* 


Thursday, 11 July 2013

.: cerita dato' :.

Assalammualaikum, fellas !

[kredit]


WONDERFUL

that's the only word ai can utter to describe my feeling for today. *hokeyh, sedikit mengada-ngada di situ*
sebenarnya hari ni ai dan dato' ada gaduh sikit dan disebabkan my temper coz having a PMS, terus ai diam by the time dia buat hal. *gila teruk mood swing kau hana, padahal gadus pasal benda kecik je pun*

but then, tak lama lepas tu kita orang baik la semula. bukan senang nak tengok kita orang selalu baik-baik ni kan....

dia ni jenis yang 'kayu' tau. kalau orang buat lawak ke hape, dia buat 'tak wujud' je lawak ko tu. so baik tak payah sibuk-sibuk nak buat lawak lah ye.... tapi kalau dia buat lawak, memang 'kayu' lah kau kalau tak gelak. *sebab memang lucu kot* ehehe

lagi satu ai salute kat dato' ni, kalau ada yang dia tak berkenan tu, memang dia bagitahu je dengan bergaya 'santai' yang dia tak suka. *slap in my face* terus ai terdiam sebab terasa. sebab ai juga yang selalu kena tegur dengan dia ni. eheh

dia ingatkan ai kat my big boss kat rumah tu, "kalau nak bercakap, pikiaq betul-betul." supaya nanti tak menyesal. *dalam maksud nih*

so here is one more story la...

ai noticed someone had fallen into dato' so this lately, and ai terserempak la dengan moment si dia ni nak so-called approach ed dato' kot. but then dato' macam biasa, buat 'tak wujud' cik kak molek kita tu. *serius part ni ai rasa bercampur-baur masa tu* nak gelak ada, kesian pun ada gak.

well, kadang-kadang ai pun pernah juga dia buat 'tak wujud' lebih-lebih lagi bila ai buat hal yang memang ai tak patut buat pon. *salah sendiri lah kan* 

anyway, glad that ai have him as le dato'. *uhuk-uhuk*
banyak yang dia ajar ai sejak tiga tahun setengah ni walaupun macam tak nampak ape pon. 

hokeyh... penat dah nak bebel sementara menunggu berbuka ni *macam la ai puasa sangat kan*,  anyway, selamat berbuka fellas.

p/s: asif yaw! ini entry 'curhat' so, no susun sepuluh  jari sebab ni ai punya suka la...

wassalam... xoxo *tunduk hormat*