Thursday, 28 March 2013

:: Sakinah Mawaddah ::

Assalam fellas !

Here is the review for the latest one ai have read. so as you see, above and below, the title is "Sakinah Mawaddah"


what ai wanna share to you guys is this book is awesome! the writer almost made me cry when ai read about sakinah *the main character* and what she has been through her life. sengsara yet penuh ngan pengajaran. and the same goes to her sister named mawaddah.

here is the sinopsis by me:

mengisahkan tentang kehidupan Sakinah dan Mawaddah, dua beradik yang telah ditinggalkan ibu bapa sejak kecil. Sakinah dan mawaddah dibesarkan oleh datuk dan nenek mereka di kampung apabila ibu dan bapanya berhijrah ke luar negara untuk menyambung pelajaran. namun setelah beberapa ketika, mereka mendapat tahu berita perceraian ibu dan bapa mereka dan putus harapan apabila janji si ibu untuk menjemput mereka tidak dipenuhi. si bapa pula hilang tanpa berita namun sakinah hanya mampu berharap bapanya selamat merantau di negeri orang.

beberapa tahun kemudian, si ibu pulang bersama suami baru, seorang mat saleh yang kaki mabuk dan lebih sadis lagi, sakinah dan mawaddah terpaksa hidup bersama ibu mereka yang mengagungkan gaya hidup barat. sakinah telah dihalau dari rumah kerana kesalahan yang bukan berpunca darinya. maka bermulalah hidupnya sebagai gelandangan.

sakinah menyara hidup dengan bekerja sebagai pencuci pinggan di restoran dan penjual bunga sehingga pada suatu hari dia terserempak dengan si pembeli warga asing yang tersentuh melihat wajah lembut sakinah. kehidupan sakinah tidak berakhir di situ, dia bergelandangan lagi apabila restoran tempat bekerja sudah ranap dan dia dihalau dari rumah sewa, sekali lagi bukan atas kesalahannya.

sehingga sakinah terserempak dengan bayi yang dibuang. peristiwa ini telah mengubah hidup sakinah apabila dia dihantar ke rumah kebajikan bersama si bayi yang dinamakan mawaddah, sempena nama adiknya. sakinah membesar menjadi seorang gadis yang berpegang teguh dengan agama dan berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke menara gading.

dalam pada itu, sakinah masih berusaha mencari adiknya, mawaddah dan bertemu dengan mawaddah yang juga telah melarikan diri dari rumah kerana hampir diperkosa oleh si bapa tiri. perpisahan mereka kali ini membuahkan harapan untuk bertemu semula kerana sakinah berjanji berusaha untuk mencari bapa mereka di perantauan.

okeyh, done. sampai sini saja ya. kalau nak tahu lebih, beli dan bacalah! best!

ai beli buku ni ni popular dengan harga rm17 hengget sahaja. jadi tak mahal kan? 

honestly, this book have taught me lots of thing. kekuatan luar biasa yang ada pada sakinah buat ai terfikir, if ai were in her shoes, will ai survive? *ai will never know the answer*

anyway, sila lah beli dan baca. that's all from me. sebarang kerojakan bahasa, ai susun sepuluh jari mohon ampun ya. biyanne!

wassalam. xoxo *tunduk hormat*