Assalam fellas !
Mari datang dekat sikit, ai nak share satu novel best giler, rugi kalau korang tak baca!
Tajuknya seperti di atas *suami aku ustaz* dan ceritanya sangat bes. here is the sinopsis:
here is the cover:
![]() |
[kredit] |
Mengisahkahkan tentang Lisa, budak hingusan yang tengah nak ambil SPM telah dipaksa kahwin oleh ibu bapanya yang bakal berangkat ke Kota Mekah. Punca? Ibu dan bapa Lisa bimbang hendak meninggalkan sendiri di rumah *Lisa ni anak tunggal memandangkan sikap Lisa yang agak liar, selalu lepak di gerai mamak bersama Joe dan seorang lagi rakan baik mereka. Dengan itu, ibu dan bapa Lisa mengambil keputusan untuk menikahkannya dengan Abang Hafiz, sepupu Lisa yang juga merangkap ustaz Lisa di sekolah.
Perkahwinan ini dirahsiakan daripada rakan-rakannya disekolah. Sejak berkahwin, Hafiz berusaha untuk mengubah sikap liar Lisa dan membimbing isterinya mendalami cara hidup Islam yang sebenar. Lisa yang pada mulanya bertindak melawan arahan Hafiz akhirnya dikuasai rasa bersalah dan cuba untuk mengikut ajaran suaminya.
Pada suatu hari, rahsia perkahwinan mereka terbongkar apabila Lisa terlibat dalam kemalangan motorsikal ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah. Rahsia ini akhirnya diketahui oleh Cikgu Liana dan Johan yang masih-masih menaruh hati pada Lisa dan Ustaz Hafiz.
Okeyh, done. sampai sini sajala review ai ye. ai tak reti sangat nak buat review tapi masih juga gatal nak buat. eheh.
here is some review from the other site: sumber
Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?
“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”
Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?
“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”
Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?
“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”
Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?
Know what makes this novel more interesting? Ehem *tarik nafas panjang, betulkan kelepet tudung dan kembangkan hidung* novel ini bakal dijelmakan dalam bentuk filem dibawah dibawah terbitan Adiputra!
Here is the artikel: artikel "suami aku ustaz" dibuat filem
excited la ai nak tunggu filem ni keluar nanti. weehaaa
anyway, that's all fellas. sebarang kerojakan bahasa ai susun sepuluh jari mohon ampun. biyanne!
wassalam. xoxo *tunduk hormat*